awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  73  74  75  76  77  78  79  80  81  82  [83]  84  85  86  87  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 15-Mar-2006 16:40 Email | Share | | Bookmark
anda pernah kejang otot?

 
 
 
View all 6 photos...
Kejang otot sering terjadi kepada peserta-peserta sukan yang berumur 14 tahun ke atas. Jarang sekali melibatkan peserta yang berumur di bawah 13 tahun….aku tengok peserta perempuan mudah benar kejang otot. Aku rasa kerana peserta yang berumur 14 tahun ke atas itu kurang menggerakkan anggota berbanding dengan pelajar sekolah rendah. Pelajar sekolah menengah rata-rata hanya akan ‘exercise’ bila hari sukan telah hampir benar..

Ketika otot-otot digerakkan dengan aktif, nutrient yang banyak diperlukan oleh otot-otot berkenaan. Begitulah dengan oksigen. hasil pembakaran makanan di dalam otot-otot saperti karbon dioksida perlu juga dibuang serta-merta. Kesemua tugas ini dilakukan oleh darah yang mengalir di otot-otot berkenaan. Jika aliran darah di dalam otot itu gagal menjalankan tugas-tugas ini maka otot-otot itu akan kejang. Kemungkinana kekejangan otot di sebabkan oleh kekurangan zat/nutrient. Jadi biasakanlah meminum susu segar. Se elok-eloknya sedari kecil lagi. Bila usia semakin meningkat janganlah tinggalkan amalan pemakanan yang baik ini.. jika anda mempunyai diet yang seimbang dan telah menjalani latihan yang betul serta mencukupi tetapi anda masih lagi mengalami kekejangan otot; bermakna otot anda memang tidak berkemampuan untuk melakukan aktiviti berkenaan. Jika anda lakukan juga anda akan bermasalah….emmm ini pendapat aku, bukan pendapat doctor.


Tuesday, 7-Mar-2006 14:57 Email | Share | | Bookmark
mesyuarat PIBG

no. 12 tu anak saya
t.t ustaz
oh ada dua acara ye
View all 28 photos...
Pada hari ahad bertarikh o5hb Mac 2006 bersamaan 5 safar 1427 telah berlangsung program 2 dalam 1. Pada hari itu berlangsung Mesyuarat Agung PIBG SMKASL ke 21 dan perasmian Pelancaran Program Karnival Dermathon. Tuan Hj Misroh B Yaakub telah terpilih untuk kali yang ke Empat sebagai Pengerusi PIBG SMKASL. Budaya kerja beliau dan rakan-rakannya yang baik dan efisyen telah banyak membantu pihak pengurusan sekolah mengurus sekolah dengan jayanya.


Friday, 3-Mar-2006 17:08 Email | Share | | Bookmark
nak gi mane? pasar khatijah ke pasar wakaf che Yeh?

Pada suatu hari, aku dipelawa untuk menyertai ekspendisi ke Kota Bharu. Alhamdulillah setelah lapan jam tergolek ke sana tergolek ke sini di dalam bas sampailah aku di bandar Kota Bharu.. Terlihatlah aku papan tanda KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM. Emm… sejuk hati ku…telah ada usaha-usaha di tanah air ku untuk mewujudkan bandaraya Islam. Seorang kenalan memberitahu bahawa di sini ada remaja punk. Pencopet saku pun ada. Tetapi bagi aku itu bukan rintangan untuk membina bandaraya Islam. Sebab syaitan tu ada mengoda di mana-mana. Terpulanglah pada usaha kita untuk menjauhi godaan itu, lagi pun langkah pertama membentuk bandaraya Islam perlu dimulakan; baharulah akhirnya matlamat mewujudkan bandaraya Islam tercapai 100%.

Banyak tempat ku susuri . salah satu tempat tuh aku baru kali ini sampai. Tak lain tak bukan Pasar malam Wakaf Che’ Yeh. Macam lain-lain pasar malam, berbagai barangan dijual di sini. Dari sepsis tumbuhan ke sepsis haiwan. Dari benda hidup ke benda mati. Produk kilang ke produk desa. Barangan untuk baby hingga ke orang tua. Dipendekkan cerita SEMUAAAA ADAA. Sungguhpun begitu jumlahnya taklah sebanyak saperti di pasar Khatijah kecuali buah-buahan. Harganya?.....ok…. tetapi kalau sanggup menunggu sampai jam 3.00 pagi bolelah dapat harga yang murah..murah betulll…Jambu yang dipegang anak-anak dara tuh harganya RM6 sekilo pada jam 9.45 malam…nak murah lagi pergi minum-minum…makan-makan..sampai jam 3.00 pagi baharulah beli.

Seperkara lagi, pasar malam di sini dibuka 24 jam seminggu…mak oi pecah rekod. Datanglah ke sini jika berkunjung ke kelantan. Ikan patin besar yang hidup pun ada! Kueh-mueh jangan ceritalah….barangan siam, minyak wangi mekah, muat turun nada dering dan gambar pun adaaa…….

Kata orang di sana pasar malam wakaf che, Yeh ni nak dibuat saperti di Maohuang, Henan atau pasar borong Zhengzhou. Nak jadikan pasar borong untuk sayuran dan buah-buahan. Bagaimanapun pasar borong Wakaf Che Yeh yang ada sekarang menjual pelbagai jenis produk dan tidak tertumpu kepada sayur-sayuran serta buah-buahan semata-mata. Pakaian, makanan dan pelbagai peralatan juga dijual aku harap bila aku datang lagi besok, lebih banyak buah dijual…..dan murah-murah…….sebenarnya aku nak tangkap banyak gambar di sini tapi tak jadi. Sebab bila aku snap kali pertama je, semua orang tengok aku.....aku rasa lain macam sikit la...jadi terpaksalah aku batalkan niat aku seterusnya. Nantilah aku datang dengan member Kota Bharu....aku nal snap banyak-banyak. Emmm...nampak gaya kena cari jaket NATIONAL GEOGRAPIC or ANIMALS PLANET dulu ni.....




Thursday, 2-Mar-2006 14:31 Email | Share | | Bookmark
Lebuh raya Grik-jeli

rehat di kuala kangsar
kekawan minum sama
aku hirup oksijen je
View all 7 photos...
Pantai barat Semenanjung Malaysia dihubungkan ke Pantai timur oleh beberapa lebuhraya. Lebuhraya karak, lebuhraya Grik-Jeli dan lebuhraya persekutuan Kuala Lumpur-Raub – Gua Musang. Kesemuanya bagus. Kalau nak tengok Negeri Terengganu ikutlah jalan KL-Cukai-K. Terengganu –Kota Bharu. Kalau nak melihat-lihat Pahang ikutlah jalan yang melalui Lipis-Gua Musang. Dan kalau nak menjelajah Perak darul Ridhwan lalulah Ipoh- Grik-Jeli. Kesemuanya ada keistimewaan masing-masing. Semuanya aku dah tempuh tetapi terlalu sedikit yang aku ingat. Banyak kali jugalah. Tetapi saat itu aku tak ada kamera digital. Faham-faham sajalah kalau guna kamera filem. Kalau dah ‘tersnap’ tak boleh nak padam! Lepas tu nak tau silap ke tak kena cuci dulu. Bayangkan kalau yang disnap tu gambarnya tak berkualiti……ruginya.

Gambar ini adalah lipatan sejarahku melalui Highway Grik. Nak bas je. Aku punya Serena Highway Roadstar belum siap. Kata engineer yang mereka bentuknya.sekeru sterengnya hilang dua. Pulak besinya bukan sebarangan besi..kena korek dari Iraq. Iraq pula tengah perang! Jadi entah bila siap Tak tahulah……tak adelah….aku gurau je. Belum mampu nak belilah….

Walaupun naik bas aku duduk atas lima kerusi. Mengapa tidak, semua orang takut duduk belakang. Semua pakat serbu bahagian depan je. Takut mabuk katanya. Tapi setahu aku kalau perut kosong memang senang mabuk. Atau asyik pandang tepi; pandang benda yang kita berseliseh. Macam pokok-pokok ditepi jalan itulah.

Selekoh memang banyaklah. Tetapi jalannya tak curam macam karak. Sesetengah tempat kecuraman tebing tanah adalah 60º saperti di jeli. Maka jatuhan tanah boleh berlaku. Pada December 2005, di laluan FT 004 iaitu di kampong batu melintang Luar telah berlaku jatuhan tanah. Sekarang dah dibuat suatu binaan konkrit saperti terowong. Kalau sedikit tanah jatuh tidaklah merosakkan kenderaan yang lalu di dalamnya

Ketika orang lain enak tidur aku melemparkan pandangan keluar tingkap bas. Kelihatan deretan bukit yang berbalam-balam. Di sinilah berlakunya kejadian 69 buah loji/jentera pembinaan serta pembunuhan dua orang awam pada 24 Mei 1974, 11 Ogos 74 dan 19 Ogos 74. Untuk menangani situasi ini, ramai anggota Sukarela Askar Wataniah dikerahkan berkawal. Banyak pos-pos askar didirikan. Tetapi selepas tahun 1992 rasanya pos-pos itu ditutup satu persatu. Sekarang tinggal dua kem sahaja yang tinggal. Salah satunya di batu melintang inilah.

Kelajuan semua kenderaan di sini sederhana, tak ada yang lebih 100km/jam. Kalau di Karak jangan main; setakat 120km/jam tu biasalah…tempat rehat ada juga. Kami berehat di Kuala Kangsar untuk minum malam, hentian batu lintang untuk solah subuh dan breakfast. Memang seronok breakfast di sini. Makan dibawah gerai kampong, diiringi oleh bunyi- bunyi mergastua dan belaian angin pagi yang sejuk dan segar. Sesekali deruan kenderaan lalu memecah keheningan pagi yang berkabus nipis. Sungguh cantik pagi di tanah airku….. aku sayang pada mu MALAYSIA.




Tuesday, 28-Feb-2006 16:35 Email | Share | | Bookmark
jauh berjalan akan luas pandangan

pss
papan kenyataan yg lawa
dalam bilik badar
View all 8 photos...
Pada 26 hb febuari, 2006 yang lalu aku dan beberapa orang pendidik, pihak pengurusan dan exco-exco asrama melawat SMKA Wataniah di Machang , kelantan. Sekolah ini diasaskan pada 1 hb januari, 1947 masihi. Emm…masa tu aku belum dalam perut emak aku lagi, masih di alam roh lagi. Pengasasnya ialah Allahyarham Tuan Haji Mohd Nor Bin Yusof. Ini yang aku tabik. Beliau menggunakan kelapangan masa dan tenaganya untuk mendirikan sekolah. Bukan buat bisnes. Bukan beliau saja, malah guru-gurunya juga berhidmat secara sukarela.

Pada tahun pertama jumlah muridnya 20 orang. Selama beberapa puluh tahun ia dibawah pengurusan kerajaan negeri sehinggalah pada 21 febuari 1986 apabila ia diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada masa tu Pak Lah adalah Menteri Pelajaran Malaysia. Sejak itu namanya bertukar menjadi SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA WATANIAH. Jumlah muridnya sekarang ialah 700 orang.

Sejak tahu 2004 lagi sekolah ini dicalonkan untuk Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran. Namun pada tahun 2005 baharulah mereka berjaya. Menewaskan semua sekolah-sekolah di seluruh malaysia. Siapa kata pelajar sekolah agama tak boleh cemerlang!

Secara kasar, sekolah ini cukup bagus dari segi pengurusan, pemangunan sumber, pengurusan maklumat yang cemerlang, pembangunan sahsiah murid yang baik dan lain-lain lagi. Pelajar-pelajar di sana membeli barangan di kaunter yang tak perlu dijaga. Mereka jujur. Mereka membayar harga barangan yang dibeli dengan wang tampa menipu. Betul! Tiada sesiapa petugas di kaunter!

Kelebihan SMKASL berbanding dengan SMKA WATANIAH ada juga…..contohnya Taman SMKASL lebih cantik. Dewan SMKASL besar dan cantik. Ada lagi…….tapi tak akan masuk bakul angkat sendiri kot……….nanti aku tunjukkan.

Berikut adalah gambar-gambar di SMKA WATANIAH. Lebih banyak gambar akan di muatnaik pada masa akan datang. Tunnnngguuuuu !






[<<  <  73  74  75  76  77  78  79  80  81  82  [83]  84  85  86  87  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net