awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  73  74  75  76  77  78  79  80  81  [82]  83  84  85  86  87  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 22-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Ihtifal dalaman yang simple tetapi lancar

 
peserta
peserta rumah....
View all 15 photos...
Aku lupa nak upload pic hari ihtifal ni.....maklumatnya pun antara ingat dan tak ingat. Sorry kepada yang menuggu-nunggu nya. Banyak pic yang dah hilang....ini semua gara-gara aku sibuk bersiap-siap nak buat ekspendisi dua hari lagi selepas tarikh ihtifal tu...


Sunday, 19-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Apa yang anda makan membentuk peribadi anda; percaya tak?

 
 
 
View all 9 photos...

Ini adalah pemandangan waktu makan tengah hari sewaktu kursus motivasi di Port Dickson.

Aku setuju jika sesi makan ini diberi jolokan ‘Slot Kemuncak’. Sebab semua orang tertunggu-tunggu waktunya.

Makan di restoren telah semakin diterima oleh penduduk Malaysia. Apa tak nya, suami isteri bekerja. Keluar pejabat pun dah jam 5.00pm. lantaran keletihan dan kesuntukan masa untuk menyediakan makanan,maka anak-anak mereka disaji dengan makanan yang disediakan oleh penjaja. Tapi aku rasa ibubapa tetap rasa bersalah.

Jika makanan dibawa balik kerumah, keluarga itu akan makan berterabur; ada yang makan di meja, makan di ruang tamu, makan lambat, curi makanan adik-beradik lain dan paling ketara anak-anak makan depan Tv dengan si ibu meninggalkan ayah makan seorang diri di dapur.

Anda bagaimana?


Saturday, 18-Mar-2006 00:35 Email | Share | | Bookmark
nak bergembira atau nak tengok orang gembira

brommm...brommm
susah nak lentik
kami menyerah
View all 8 photos...
Saat inilah yang aku frust. Aku kena buat pilihan sama ada nak bermain sama atau nak snap pic. Nak tinggalkan bermain aku ni suka bermain sejak kecil lagi...main apa saja. Kalau terlampau seronok tu keluar rumah pagi balik rumah petang; wqalau pun dah bersumpah dengan abah nak balik sebelum tengah hari. Alaa....sumpah budak-budak, sumpah sumpit sambal belacan, bila tercepit cari jalan.....Akhirnya aku ambil pic sajale....sebab tak ada sesiapa pun nak ambil pic. Bukan senang nak datang ke PD ni.... Tapi dalam hati sedih juga......orang lain seronok je bergelek, berebut bola yang satu tuh....ketawa-ketawa.....uhu...uhu..uhu...sedihnya! [img]


Friday, 17-Mar-2006 13:11 Email | Share | | Bookmark
Sanggup berkursus tika orang lain enak-enak bercuti

pilihan...tauge
orang kg kata cikgu
morning sir
View all 18 photos...
Pada 13-14 hb Mac yang lalu telah berlangsung Kursus Perkembangan Staff untuk guru-guru dan kakitangan SMKASL bagi tahun 2006. kursus ini dianjurkan oleh Unit Pengurusan Dan Akademik SMKASL dan Kelab SMKASL 2006/7. Kursus ini mendapat sokongan kuat dari segi moral, tenaga dan material dariJabatan Pendidikan Islam dan Moral Kementerian, Sektor Pendidikan Islam dan Moral JPS, PIBG SMKASL, Kelab Guru dan Kakitangan SMKASL dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

tujuan kursus ini adalah untuk menanamkan kenyakinan terhadap diri sendiri ketika menjalankan tanggungjawab. Diharapkan juga kursus ini dapat merapatkan hubungan sesama ahli agar mudah memperolehi idea-idea baru. Juga supaya setiap ahli dapat memperolehi rasa dihargai dan dipercayai dalam menjalankan tugas.


Thursday, 16-Mar-2006 15:59 Email | Share | | Bookmark
Oh Port Dickson...

pintu masuk
dari arah laut, time petang
kolam renang
View all 11 photos...
pada 12hb. Mac, 2006 yang lalu aku telah ke Port Dickson di Negeri Sembilan. Dah hampir 10 tahun barulah ku jejakkan kaki semula di sini. Aku menginap di Golden Strait Villas Beach Resort. Ingatkan dapat ketemu dengan kawan-kawan lama.....
Villa ni ok jugalah....tapi bayarannya boleh tahan....jejak rm 200 lebih! tapi ia ada tiga bilik di dalamnya. ada ruang tamu, ruang makan, dapor untuk memasak, beranda depan menghadap ke laut (woi...cantik pemandangan!), beranda belakang untuk jemur pakaian dan 2 bilik mandi yang lengkap. semua ruang ada aircond. Dan berperabot lengkap. ada lift. di tingkap bawah ada cafeteria dan kolam mandi. saksikanlah gambar-gambar yang aku snap ni...


[<<  <  73  74  75  76  77  78  79  80  81  [82]  83  84  85  86  87  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net