awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  73  74  75  76  77  78  79  80  [81]  82  83  84  85  86  87  >  >>]    [Archive]
Saturday, 22-Apr-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
putri Islam smkasl 2006

53b
54b
55b
View all 12 photos...
putih tanda bersih. Pink kerana masih remaja. Awas tahun depan ada pasukan lain nak kan kedudukan naib johan tu....


Wednesday, 19-Apr-2006 10:12 Email | Share | | Bookmark
yang aku fikir hari ini

Lotus
dari belakang
Savy
apa yang awang nak pakai? Serena Road Star?... MyVi? ....atau Savy?................

Mungkin Nisan Sarena kot.............................entahlah. Yang diminati harganya mahal pulak. Buat sementara ni pakai sajalah iswara tu.Pokoknya sampai ke tempat kerja.....


Sunday, 9-Apr-2006 07:26 Email | Share | | Bookmark
Roda hidupku berputar

 
Dah lama aku tak Upload gambar. Aku menyepi bukan kerana merajuk. Sejak beberapa minggu lalu hidupku tak bermaya. Aku kehilangan banyak 'benda' dari hidupku. Di saat itu aku hilang konsentrasi untuk mencari rezeki. Aku hilang tumpuan waktu mengalisis perubahan-perubahan yang berlaku disekelilingku; walaupun perubahan-peribahan itu amat penting buatku. Aku juga tidak berdaya membuat keputusan yang memuaskan kepada masalah-masalah yang bertimbun. Memang amat mudah menasihatkan orang.....tetapi untuk mengamalkan pada tubuh sendiri rupanya ianya sesuatu yang sukar juga. Namun dengan rahmat dari Illahi, doa dari orang-orang soleh......sokongan kuat dari ibubapa, isteriku , anak-anakku dan sohabah-sohabah; aku ahkirnya pulih kembali...

Ingat! roda hidup kita tak semestinya sentiasa di atas.......mungkin ia akan turun ke kaki bukit.....mungkin buat sementara waktu, sebelum ia naik semula..........jadi waspadalah selalu

aku tak nak sampai duduk atas kerusi ni......


Sunday, 26-Mar-2006 00:58 Email | Share | | Bookmark
jangan diperkuda atau mengkudakan...

kuda tu jelous
tidur berdiri
kuda ni tengah mimpi
View all 4 photos...
Gambar 'anak aku' Nazia dengan dua orang rakan-rakannya di P. Dickson. Yang seorang tu condong sangatlah... Perhatikan kuda di sebelah mereka tu.... aku rasa kuda tu mengumpat mereka bertiga!....Bila aku tanya kuda tu apa yang dia nak cakap pada tiga orang anak dara tu..... katanya ' Jangan rela diperkuda oleh manusia, jangan memperkuda orang lain dan last sekali......Perkudakan aku....aku relaaaaaa....sebab aku kuda.

Kuda Padi popular di Malaysia. Banyak terdapat di Kelantan dsn sabah.di kelantan sahaja ada lebeh kurang 1, 000 ekor. Kuda itu diperkenalkan sejak zaman dahulu lagi oleh para pedagang-pedagang yang berdagang kelantan. Bukan sahaja orang kaya malah orang kampong pun memiliki kuda. Ada yang memeliohara kuda kerana kecantikan kuda itu. Ada pula yang memeliharanya kerana kehebatan. Ramai juga yang membelanya kerana tarikan dari acara-acara perlumbaan kuda. Kuda banyak dilihat di Gelang Mas, Tendong dan Pantai Cahaya Bulan. Perlumbaan kuda ada juga dilangsungkan di Pantai Irama, Bachok, Cabang Empat Tumpat dan Tebing Sg. Kelanta,Di Bukit Ajil terdapat Pusat pembiakan Kuda yang menkacukan kuda padi dengan kuda Arab bagi baka yang baik, cantik, lasak dan daya tahan melawan penyakit yang tinggi.mBaka Kuda ini dipanggil kuda Bimo atau Belimo.
Di zaman batu orang memburu kuda untuk dapatkan protein. Bila orang semakin bijak, mereka menjinakkan kuda untuk memburu binatang. Selamatlah kuda. Kemudian Kuda digunakan di dalam peperangan. Bagi petani kuda
digunakan untuk membajak atau kerja-kerja di lading. Penambang-penambang menggunakan kuda untuk kereta kuda. Setelah enjin kenderaan di cipta, peranan kuda dalam pengangkutan dan perhubungan pupus.


Thursday, 23-Mar-2006 14:27 Email | Share | | Bookmark
kelajuan benda jatuh dari tempat tinggi

Pada suatu hari aku stress kerana kerja dan hal-hal rumah. Jadi aku bawa orang-orang yang aku sayangi keluar jalan-jalan ke Shah Alam. Dari Shah Alam ke Klang kemudian ke Puchong. Selepas itu ke Bangi. Ke Kajang sekejap kemudian balik semula ke Shah Alam dan tidur malam di sana. Dari Kaca tingkap suite aku tuh nampaklah bangunan pencakar langit ni.....ketika itu lah aku terfikir perkara berikut;

Jika aku lontarkan sebiji bola ke udara , tindakanbalasnya adalah berbagai. Mula-mula kelajuaanya akan semakin berkurangan dan kemudian akan berhenti untuk beberapa ketika di udara dan akhirnya mula untuk jatuh ke bumi. aku pasti bola itu akan jatuh dengan perlahan dan kemudiannya berttambah cepat. Orang di sebelah ku bertanya; Apakah yang menyebabkan bola jatuh ke bawah dan berapakah kelajuannya?

Aku bisikkan padanya bola jatuh ke bumi kerana tarikqan gravity.. kelajuannya pula 9.8 meter per saat per saat. Ini bermakna setiap saat objek akan bergerak 9.8 meter lebih laju daripada saat sebelum itu.. Faham tak ?.....

Begini ….
• Di penghujung saat pertama bola itu bergerak 9.8 meter sesaat
• Di penghujung saat kedua bola itu bergerak 19.6 meter se saat
• Di penghujung saat ketiga bola itu bergerak 29.4 meter se saat.

Kelajuan objek jatuh tidak serupa di semua tempat. Di kutub kelajuan adalah maksimum manakala di Khatulistiwa ia minimum.

Satu perkara penting lagi ialah kelajuan jatuh objek tidak dipengaruhi oleh jisim objek. Objek berjisim 1 kg akan sampai ke bumi sama waktu dengan objek berjisim 10kg.. Cuma rintangan udara oleh sesuatu objek akan mempengaruhi kelajuannya jatuh. Maksudnya ; sehelai bulu pelepah burung akan lambat jatuh berbanding dengan sebutir peluru yang licin dan runcing. Di tempat tampa udara bulu pelepah dan peluru runcing itu akan jatuh dalam kelajuan yang sama kerana ketiadaan rintangan udara…

Anda tahu apa reaksi orang sebelah aku.....dia tanya apa benda yang jatuh ke atas?...



[<<  <  73  74  75  76  77  78  79  80  [81]  82  83  84  85  86  87  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net