Want your
own Fotopage?







 
awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 3-Jun-2008 10:49 Email | Share | | Bookmark
Serikin oh Serikin

menuju ke pusat pasar
ramainya orang
 
View all 7 photos...
Serikin, begitulah nama sebuah pekan kecil di pendalaman Sarawak. Dengan sempadan Kalimantan dah hampir benar. Ia adalah sebuah pekan yang dikelilingi oleh lautan tumbuh-tumbuhan. Ia dihubungkan dengan bandaraya kucing oleh sebatang jalan yang sederhana kecil selain bengkang-bengkok. Namun tidaklah terlalu mendaki atau cerun sebagaimana jalan ke Wang klian. Serikin ni macamlah pekan Wang Klian. Atau macam Padang Besar. Tak jauh beza dengan bukit Kayu Hitam. Atau Pengkalan Kubor. Tetapi Serikin ni bawah sikitlah daripada tempat-tempat tersebut itu. Hampir kesemua bangunannya diperbuat daripada kayu.Kedai-kedainya mirip saperti bangsal yang dibina rapat-rapat di kedua-dua belah tepi jalan. Barang-barangya bermacam-macam. Sebahagianya adalah buatan negara indonesia. Kualitinya Awang tak berani nak komen kerana tak pernah memakainya sebelum ini. Tapi ramai juga yang membeli tikar yang diperbuat dari rotan, kayu dan kulit kayu. Selain itu ramai yang membeli telekong/jilbab, beras, pakaian, kain tenunan pribumi Sarawak dan hasil kraf tangan. Harganya bergantung kepada kebijaksanaan anda menawar. Tawar sampai 50% ba! jangan sikit-sikit..... Dan kalau boleh datanglahpada hari minggu. Waktunya saperti jam 11.00 pagi....kerana orang dah ramai yang dad selesai membeli belah maka para penjual terpaksa berlembut dengan kita kerana pasar di sini hanya seminggu sekali. Kalau tak laku minggu ni mereka terpaksa menunggu minggu hadapan untuk mencari rezeki. Cuaca di sini memang panas. Siapa yang tak tahan silalah bawa payong atau topi. ....kacamata sekali..........Jangan lupa juga untuk bawa makanan kerana setahu awang cuma ada dua warung saja yang diusahakan oleh peniaga Islam. Itu pun tersorok dari pandangan mata ( diusahakan oleh Orang Indon). Saja-saja cari memang tak akan jumpa melainkan anda tanyakan kepada penjual-penjual Islam. Tapi awas.......... hampir kesemua mereka di sana rupanya seakan kita namun hanya yang pakai kopiah saja yang pasti muslim. Al maklumlah orang Islam di sana tak sampai pun 1/4 penduduk sarawak.......

Gambar-gambar ini awang ambil dengan kamera talipon nokia je....kerana Kamera Canon awang kehabisan power...jadi kualiti gambarnya agak hancur

salam..
dah sampai serikin rupanya cikgu.. sy yg keja kat miri pun belum berjaya menjejak kaki ke ssana..
Tue 3-Jun-2008 11:35
Posted by:ScHoePenToeTer  - [Link]
Betul le tu bunga buah naga Hylocereus undatus
Alahai bilalah nak sampai Sarawak
Tue 3-Jun-2008 14:53
Posted by:Pemancingikan  - [Link]
Add comment


Friday, 30-May-2008 03:58 Email | Share | | Bookmark
Pusat Latihan Sarawak, Telaga Air, Sarawak

dari dewan makan ke blok penginapan
dari dewan makan ke ruang menonton
ruang menonton, tak ada astro
View all 16 photos...
pada 24/5/2008 yang lalu awang datang ke sini. Sesiapa yang pernah berkunjung ke sini bolehlah mengimbau kenangan lalu bila melihat gambar-gambar ni






Saya belum pernah ke Sarawak. Belum ada kenangan Mon 2-Jun-2008 11:21
Posted by:pemancingikan  - [Link]
Tue 17-Mar-2009 08:41
Posted by:unnamed
MEMANG BEST PLS NI..BANYAK KENANGAN YANG TERCIPTA DISNI PADA 16-20 JUN 2009..IANYA TERPAHAT KUKUH DALAM INGATANKU..AMIN Fri 26-Jun-2009 07:45
Posted by:ZUE
Add comment


Friday, 23-May-2008 04:02 Email | Share | | Bookmark
astronomi dan biotek

Makmal biotek
kuali menyanyi



Care to comment?


Saturday, 17-May-2008 01:47 Email | Share | | Bookmark
sarapan pagi pada hari guru

 
 
 
View all 5 photos...
Dulu-dulu kami bersarapan di kantin je......tapi dua tahun ni kami diminta bersarapan di luar pula.........open air. Ok jugalah, dapat menikmati udara segar di samping makan juadah sarapan. Rasanya tahun depan awang akan cadangkan makan malam pulak.......lokasinya di taman sekolah. Lengkapkan dengan lampu-lampu warna-warni dan di balai menunggu penjaga tu dijadikan pentas untuk persembahan nasyid. Selesai makan Kemudian ke Dewan besar untuk menonton persembahan clip vedeo antara kumpulan pelajar........tentunya tentang dunia sekolah kita. Amacam pelajar, boleh buat tak?

ishhh meriahnya sambutan hari guru sekarang ye...masa kami dulu...sambutannya biase2 je. tentang cadangan awang tu, saya setuju sgt. nnt kami bekas2 pelajar boleh hantar video ucapan selamat hari guru untuk bekas2 guru kami yang telah banyak berjasa pada kami. TERIMA KASIH WARGA PENDIDIK SMKASL...... Mon 2-Jun-2008 00:58
Posted by:shida shida76@gmail.com
Sungguh pun kami berusaha namun kegigihan shida dalam menuntut ilmu membei kesan besar kepada kejayaan kamu tempoh hari..........
Semoga shida sekeluarga hidup bahagia sampai bila-bila...........
Tue 3-Jun-2008 13:45
Posted by:Awangje  - [Link]
terima kasih awang. SMKASL banyak mengajar saya erti hidup berdikari. TERIMA KASIH. Semoga adik2 saya yg masih disana dapat meneruskan perjuangan mereka dgn jayanya........ Fri 6-Jun-2008 01:59
Posted by:shida shida76@gmail.com
View all 4 comments Add comment


Thursday, 15-May-2008 05:56 Email | Share | | Bookmark
sekitar jeti AMANDA, Lumut

 
 

xpenah ke sini Mon 19-May-2008 10:20
Posted by:syuksharkawi  - [Link]
Add comment


Friday, 2-May-2008 13:20 Email | Share | | Bookmark
Menjengok Amanda , Lumut Perak

di gerai proton
ada pameran heli
atas dek kapal peronda
View all 6 photos...
Kali ini awang jadi modeling.......he..he tak menjadi pulak. Mana ada modeling pakai kopiah!

wah..dah jadi model dah... bagus2.. Fri 9-May-2008 00:39
Posted by:niza ezryn_84@yahoo.com  - [Link]
very nice pic.... Fri 9-May-2008 07:32
Posted by:::: joelaily :::  - [Link]
lame x dtg lumut Fri 9-May-2008 13:15
Posted by:syuksharkawi  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Sunday, 27-Apr-2008 06:37 Email | Share | | Bookmark
Di rumah Kak Long

 
 
 
Ziarah Kakak Ipar.

>> ziarah menziarah memang dituntut pun...
>> lebih lebih sesama keluarga...
Sun 27-Apr-2008 19:51
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
jemput lawat web baru saya. maaf, lama tak menjenguk ke sini..
greenfore.fotopages.com
Mon 28-Apr-2008 06:49
Posted by:back to nature photog greenfore@yahoo.com  - [Link]
amalan yg dituntut Tue 29-Apr-2008 21:09
Posted by:syuksharkawi  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 23-Apr-2008 15:17 Email | Share | | Bookmark
kejohanan catur Daerah Sabak Bernam 2008

petugas-petugas
tulis apa tu?
aku check kau
View all 39 photos...
Yang cepat sangat bergerak di pentas tak dapatlah awang rakam gambarnya. Rasanya pada tahun depan para pemenang ni kena diberikan sedikit taklimat agar juru gambar mempunyai masa yang cukup untuk merakam gambar mereka.

Care to comment?


Saturday, 19-Apr-2008 01:24 Email | Share | | Bookmark
Bagaimana keadaan sabah 10 tahun lagi?

masa balik ke Lahad Datu tahun lepas ramai orang yang bercakap tentang projek-projek besar yang akan dibina di sini. Kita di semenanjung agak kagum dengan berita-berita tu. Tapi sejauh mana ia akan diagihkan secara adil kepada semua golongan/lapisan masyarakat masih jadi topik terhangat. Sebenarnya di negeri ini peratusan orang miskin boleh tahan juga. Mungkin susah nak percaya kalau melihat kepada ladang-ladang yang besar-besar bertabur di sabah. Setiap hari Kenderaan berat memenuhi jalan raya. kenderaan 4X4 juga ketara berkeliaran. Tapi jika diteliti siapa yang banyak menganggur dan miskin memang hati rasa tak puas hati. Orang -orang sabah kena ubah keadaan ini. Negeri anda kaya dengan sumber. Perbetulkan lah mana-mana yang dah tak sesuai........Individu dari yang paling bawah hingga ke peringkat paling atas kena bersatu secara ikhlas. utamakan kepentingan generasi akan datang. Kalau ada pembaziran elakkan lah....Siapa-siapa yang banyak duit tu simpanlah di Sabah. Buat perojek di sabah. Gunakan sumber-sumber di sabah. Utamakan produk-produk dari sabah.Tak payah import dari taiwan, hongkong, China dan Singapura. Dapat duit berbelanjalah di Sabah juga. Bukan di Luar negara. Dan banyak lagi................berilah masa depan yang cerah kepada generasi akan datang.






WWaa....SABAH!! baru ..berapa bulan lepas ..bawak jepun pi homestay tour ker Sabah!! seronok dia orang ..nak pi lagi lah .... Sat 19-Apr-2008 13:29
Posted by:marsita marcie_y_k@hotmail.com  - [Link]
Add comment


Tuesday, 8-Apr-2008 10:42 Email | Share | | Bookmark
Taman Kaktus


Bagus juga kalau ada taman kaktus di rumah

Letakkan di beranda, berdepan dengan buaian. Duduk-duduk di buaian sambil merenung kaktus ni boleh menenangkan minda. Umpamanya setelah pulang dari kerja. Selepas mandi, ajak orang rumah bersembang di situ...


tentu sentimental.

Slm prknln kpd smua d Link nie Wed 24-Dec-2008 04:08
Posted by:Roza Ayu ayu877@yahoo.com
Laa...ter 'sent' 2 x rupernya..ehehe Roza baru berminat nak wat koleksi kaktus tp jnis yg size agk bsr (bukn trllu bsr) maklum jer la tggl d pangsapuri kna la tnm jenis yg renek2 jer..sorg shbt bernama Intan tnm sejenis kaktus biasa d lua umh tp ketinggiannya dah smpi paras bumbung..fuyyooo Wed 24-Dec-2008 04:18
Posted by:Roza Ayu ayu877@yahoo.com
Selain Nursery Bunga d Sg.Buloh, Selngor & Cameron H'land, katner g ada d Nursery pokok kaktus d sekitar2 Lembah Klang nie? Wed 24-Dec-2008 04:30
Posted by:Roza Ayu ayu877@yahoo.com
View all 16 comments Add comment


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.