awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  71  72  73  74  75  76  77  [78]  79  80  81  82  83  84  85  >  >>]    [Archive]
Thursday, 11-May-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
sore yang segar

aku keletihan hari ini lantaran banyak berdiri dan cuaca yang hangat. ketika ku sandarkan tubuh ku pada kerusi empok, tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali. Aku pergi mandi, duduk semula dikerusi itu dengan memakai hain palikat je. Aku buka langsir cemin gelongsor rumahku. Terserlah pemandangan taman diluar yang kehijauan dan disirami hujan. Cantiknya alam!........Aku hidupkan kopas dan melelapkan mata dengan diiringi oleh bunyi-bunyian air hujan yang menimpa genting rumahku.......Ohhh seronoknya!
3jam kemudian kelopak mataku membuka...dan melalui cermin gelongsor rumah ku.....aku lihat kesegaran alam.....dan kesejukan petang....... inilah yang sempat aku rakamkan


Tuesday, 9-May-2006 11:02 Email | Share | | Bookmark
yang baru dan yang lama

Beliau orang veteran. Telah melalui zaman penjajahan British, Jepun konfrantasi Malaysia-Indonesia, zaman Dharurat komunis dan berbagai-bagai lagi. Dalam ingatannya penuh dengan informasi sejarah. Boleh buat buku. Mastika terlepas pandang untuk menemu bualnya.

Nama beliau ialah Daud alias HJ Fuad.Ketika tahun 1960an dahulu rumah ayah dan rumah beliau berdekatan. Ada beberapa buah rumah lain yang berhampiran rumah kami.Kami semua mempunyai hubungan yang baik kerana kesemua rumah kami terletak jauh ke dalam kawasan kebun kelapa. Untuk sampai ke jalan raya perlu menyusuri denai sejauh 600 meter. Sewaktu musim hujan laluandnai itu sesuatu yang amat teruk; becak, berlumpur dan menjadi habitat nyamuk tiruk. Pada tahun 1980an, sebuah demi sebuah rumah berpindah keluar. Kini kesemua rumah rumah disitu telah berpindah keluar. Gambar ini adalh gambar rumah Hj. Fuad yang baru.Hemmm........besar dan selesa.


Sunday, 7-May-2006 10:01 Email | Share | | Bookmark

kini nasib masing-masing berbeza
masa muda; tak jauh beza
Pokok palma ini tak jauh dari tempat aku bekerja. Aku akan tepandangnya setiap hari. Lama-lama aku terfikir bahawa riwayat buah-buah palma itu saperti takdir aku dan rakan-rakan aku. Masa kecik-kecik dulu semua lebih kurang sama je. Tapi bila dah besar jelaslah perbezaannya. Ramai yang berjaya . Ramai yang bahagia. Ramai kaya. Ramai yang masih mesra. Ramai yang sudi menghubungi aku semula......tapi tak semua. Ada juga yang muka sadin je bila terjumpa: susah sangat nak senyum. Apatah lagi nak beri salam DULU. Ada juga yang ditimpa musibah kerana kesilapan yang dicari....yang buat-buat tak kenal pun ada. Begini rupanya manusia.....Tapi aku tetap memaafkan mereka. Semoga mereka menemui cahaya.......yang menyuluh hidup hingga ke akhir hayat.


Saturday, 6-May-2006 16:18 Email | Share | | Bookmark
wajah-wajah yang cemerlang

tempat ketiga
pun tempat ketiga
naib johan
View all 6 photos...


Thursday, 4-May-2006 12:05 Email | Share | | Bookmark
Aksi-aksi hakim pertandingan kawad kaki 2006

ok, ok....uniform baru
uniform sendiri ke sekolah punya....
 
View all 12 photos...
Terima kasih kerana sudi berganding bahu menjayakan program kami. Terima kasih daun daun ubi.


[<<  <  71  72  73  74  75  76  77  [78]  79  80  81  82  83  84  85  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net