awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  70  71  72  73  74  75  76  [77]  78  79  80  81  82  83  84  >  >>]    [Archive]
Saturday, 20-May-2006 05:19 Email | Share | | Bookmark
Kompang Jawa

hj Mansor
kompang ini ada bedok
pemain-pemain kompang
Kompang ni lagi susah nak dimainkan. Ia ada bedok. Bunyi kompang ini lebih merdu dari kompang-kompang yang lain. Lagunya berbagai-bagai. Lagu Arab, melayu marhabban dan lagu jawa. Lagu pencak silat pun ada. Siapa ada duit buatlah program realiti untuk kompang ni.. AF5


Wednesday, 17-May-2006 11:51 Email | Share | | Bookmark
Ngam ke tak ngam

Sesuai ke tak.....

kepada yang belum memilikinya fikirlah banyak kali.Kenderaan sepatutnya sebagai tungangan. Untuk menyampaikan hajat: untuk beribadah umpama mencari rezeki atau membawa keluarga. persoalan kedua; adakah kewangan kita teguh. Ketiga; ....(terlupa!)...



Tuesday, 16-May-2006 11:32 Email | Share | | Bookmark
muzik tradisional

lepas hari guru
jelous aku
Mereka ini ahli-ahli kelab kompang 2006. Sedikit yang berminat dengan peralatan muzik tradisional ini. Aku bukan pandai kompang. Bukan tak ingin tapi masalah masa nak belajar tu. Rasanya masa zaman kanak-kanaklah sesuai untuk belajar kompang....Bila dah besar ni banyak sangat perkara nak buat. Belajarnya dahlah malam. Mula lepas jam 10 malam. Habis tak kurang jam 12 malam......emm susahlah macam tu..


Sunday, 14-May-2006 11:11 Email | Share | | Bookmark
Ape tu?

jaga-jaga..tengok atas tuh..
Ini bukan buah. Ia adalah kediaman penyegat. Setengah tempat panggil Tebuan. Orang Jawa Bagan Datok mengenalinya sebagai Tawon Endas. Dalam bahasa melayu maksudnya tebuan kepala. Kenapa? sebab serangga tu akan sengat tang kepala... Rasanya?...Hoiiiii simpang lah....jangan mintak oi.....seksaaaa...kalau terkena bawa ke hospitallah. sebelum sampai hospital boleh sapukan air lior kita...sebab bisanya asid manakala air kita alkali...


Saturday, 13-May-2006 13:20 Email | Share | | Bookmark
kenapa selama ini aku tak menyedari




waktu: 6.45 pagi
Tempat: Di depan rumah

Pagi itu aku agak tidak ribut. Ku lakukan apa yang perlu dilakukan dengan tenang. Saperti biasa aku akan membuka beberapa lapis pintu hingga ke gerbang pagar. Di saat ku dogakkan kepala ke ufuk timur, aku lihat pemandangan ini.....aku terkaku beberapa detik...cantik...cantik...dulu-dulu mengapa aku tak menyedarinya? Tuhan! ciptaanMu cantik. Dan Semestinya Engkau pun cantik



[<<  <  70  71  72  73  74  75  76  [77]  78  79  80  81  82  83  84  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net