awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  69  70  71  72  73  74  75  [76]  77  78  79  80  81  82  83  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 31-May-2006 00:37 Email | Share | | Bookmark
Ye Ye cuti sekolah

Mulai 27hb Mei, 2006 semua sekolah cuti untuk dua minggu. Emak bapak kepala gatal dan pening. Sebab isi rumahnya dah besar semula. Sebelum ini 3 orang zuriatnya di asrama. makan minum gomen tanggung. Tapi sekarang sendiri tanggung. Lain pula budak-budak, masa inilah masa untuk buat sesuatu yang advanture. Budak dalam picture ni nak ke Pahang katanya...Naik bas sekolah ye!...untunglah awak anak oi....belajarlah sungguh-sungguh...nanti hidupmu bahagia.


Tuesday, 30-May-2006 09:36 Email | Share | | Bookmark
Menu dari zaman Hang Jebat

anak aku kata terung guli
Kenal benda hidup ni? Orang kedah kata Terung Pipit. Orang Kelantan goyak gapo? Wak Subarjo Tg. Karang memanggilnya POKAK. Orang Negeri Sembilan tentu geli geliman dengan nama tu......Ekau panggil apo jang? masyarakat Ponorogo Simpang Lima tahu tumbuhan ni. Mereka ada satu resepi untuk POKAK tu...Tumis tampa air bersama dengan lada hijau dan protein; sama ada udang atau bilis. Makan ketika tengah panas bersama nasi panas dan berlauk akan ikan pari panggang. Siap dengan cecah asam....minumannya? teh sederhana panas yang manis-manis buah. Cuba lepas tu beritahu aku...


Monday, 29-May-2006 08:45 Email | Share | | Bookmark
Tebing sini tebing sana

sebelah sana kurang berpasir
sebelah sini pasir membukit
sini banyak pasir, di sana kurang pasir ( kita tak jual oi),
sini tanahnya tinggi-tinggi, di sana tanahnya rendah,
sini banyak pokok;sejuk, sana banyak bangunan;hangat
sini penduduknya berpendapatan lebih rendah, di sana tauke-tauke;banyak fulus. Boleh beli tanah di sini


Sunday, 28-May-2006 14:57 Email | Share | | Bookmark
salah pemandu atau majikannya?

Stabil ke Lori ni? semalin tinggi gerabak semakin tinggi pusat graviti lori nih......dan semakin kurang stabil. Amat mengerikan kalau ia melalui selekoh panjang atau menuruni bukit atau memanjat bukit. Kita pun tak tahu sama ada breknya disesuaikan dengan beban tu atau dah setahun tak diperiksa. bagaimana perasaan anda sewaktu berhenti pada lampu merah dan melihat melalui cermin sisi kereta imej lori ini datang dengan laju dari arah belakang.........makan tak brek lori tu....


Thursday, 25-May-2006 08:08 Email | Share | | Bookmark
Di sinilah De Muara Resort

depan restoren
restorennya
penginapannya
Masa kejohanan Bols sepak MSSS 2006 hari tu disinilah para pegawai dan pemain-pemain menginap dan makan.


[<<  <  69  70  71  72  73  74  75  [76]  77  78  79  80  81  82  83  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net