awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  68  69  70  71  72  73  74  [75]  76  77  78  79  80  81  82  >  >>]    [Archive]
Sunday, 11-Jun-2006 07:08 Email | Share | | Bookmark
sepagi di Laketown Clubhouse, Bukit Merah Lake Town

Di sini ada cafe.Emm...memang syok menghirup kopi sambil merenung jauh pada pemandangan berbukit bersebelahan clubhouse ni.Kalau tahu main tenis silalah bermain kerana ada sebuah gelanggang yang cantik. Lepas bersarapan boleh berenang-renang di kolam mandi yang membiru. Kemudian baca suratkhabar yang anda beli sendiri. Atau berborak dengan kawan tentang masa depan yang belum pasti sebelum mandi semula.Tapi awas , di sini tiada penyelamat . Jangan sampai lemas!





Saturday, 10-Jun-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Aku dan si kecil


Si kecil, Zafirah Hani. Belum boleh bonceng motor ,


Friday, 9-Jun-2006 07:05 Email | Share | | Bookmark
Membelah banjaran

lengang
jumpa satu lori
banjaran gunung
Ini leboh raya Utara Selatan. Gambar ini di ambil sebelum hentian Sebelah sungai Perak, lebih kurang 20km dari Bandaraya Ipoh. Laluan di sini tidak landai;adakala menurun dan menaik. Ada beberapa selekoh termasuk satu selekoh 'S'. Dulu aku ada nampak pondok-pondok polis trafik di sepanjang lebuh raya ini. Sekarang dah tak ada. Di sebelah kiri tu ialah banjaran Keledang. Banjaran gunung ini rendah. Di banjaran ini terdapat beberap hulu anak sungai. Kesemua sungai-sungai ini akan mengalir sama ada ke Sungai Perak di belah barat atau Sungai Kinta di sebelah timur. Beberapa kilometer kehadapan pula kita akan merentasi banjaran Bintang. Di sana ada dua puncak yang tinggi, Gunung Bubu(1657m) di sebelah kiri lebuh raya dan Gunung Hijau (1448 m) di sebelah kanan. Kalau ada superbike memang seronok melayan selekoh di sini!


Sunday, 4-Jun-2006 14:55 Email | Share | | Bookmark
Dating

jemput yeop!
Tidak Syeikh Lutfi sahaja yang boleh dating, atau Bulan dengan Sweet lump nya. Aku pun berdating juga. Maklumlah dulu aku tak pernah berdating. Jadi nak tahu juga rasa berdating tu.macam mana..... Lagi pun aku ada 'sijil dating' dari MAIS. Taklah takut kena serkup..... Ini gambar di Manjung, Perak. Inilah asmaradana selepas bernikah.


Thursday, 1-Jun-2006 01:38 Email | Share | | Bookmark
Ekpendisi lagi

Ini gambar lama aku Suatu ketika aku dipelawa untuk berkelah di hutan. Kata mereka hutan ini berumur lebih dari 130 juta tahun. Aku ni bagai orang mengantuk disorongkan bantal .Sebelum sampai di destinasi itu aku perlu menyusuri sungai; Sungai Tahan. Sungai Tahan terletak di dalam Taman Negara Malaysia dan merupakan kawasan yang baik untuk memancing. Sungai Tahan juga mempunyai air terjun setinggi 152 meter dari Kuala Teku di kaki Gunung Tahan. Terdapat lebih 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan Kelisa dan ikan Kelah di sungai Tahan. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing. Kita juga boleh mandi manda di Lubuk Simpon atau di Air Terjun Lata Berkoh. Di sini juga terdapat Pusat Santuari Ikan kelah. Anda boleh beri ikan makan, dan mandi bersama ikan liar yang mahal ini. Dengan membayar RM80 (harga sebelum minyak naik) anda dibawa oleh boat berinjin yang laju hingga ke kaki gunung Tahan. Kalau anda sanggup untuk menyusuri sungai dengan perlahan anda akan berpeluang bersemuka dengan beberapa spesis burung saperti burung raja Udang, Lesser Fish Eagle, burung pemangsa lebah ( red-bearded bee-eater), chessnut-napedforktail, Oriental Pied Hornbill, Black-and-yellow broadbill, Oriental Dwarf KingFisher, Buffy fish Owl dan Rhinoceros Hornbill. Maaflah nama burung-burung tu dalam bahasa Inggeris sebab itulah yang dibertahu oleh Niek Bosmans dan Rob Bouwman; dua orang Belanda yang sama-sama buat ‘birding’. Jom birding...



[<<  <  68  69  70  71  72  73  74  [75]  76  77  78  79  80  81  82  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net