awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  67  68  69  70  71  72  73  [74]  75  76  77  78  79  80  81  >  >>]    [Archive]
Sunday, 18-Jun-2006 05:37 Email | Share | | Bookmark
basikal Jepun

basikal jepun
basikal zaman 60an
baik naik kuda
Basikal di atas adalah basikal khas tentera jepun. Ia dikayuh oleh mereka semasa mara keselatan dari utara semenanjung. Ia unik sedikit. Ia ada 'carrier" di depan dan di belakang. Gelegar/pembuluh basikal ini tak rata tetapi melengkung. kenapa begitu? Sterengnya pun bertingkat. Tempat duduknya lebar dan besar.Tentunya ada spring yang berfungsi sebagai penyerap hentak. Lampu utamanya juga besar. Ingat! tak guna mentol tau! Sebab dinamo nya pun tak ada. Ia adalah lampu pelita.Kalau bukan nyalaan karbaid munkin dari pembakaran minyak tanah.
Di Jepun menunggang basikal masih popular, terutama yang naik 'bullert' ketempat kerja. Mereka akan berbasikal dari rumah ke stesen kereta api tu. Di China lagilah......macam semut. Di malaysia cuma budak-budak sekolah rendah yang berbasikal. Kalau nampak orang dewasa naik basikal itu mungkin orang Indon atau vietnam atau myianmar atau nepal. Kalau Jalan naik turun bukit siapalah yang nak berbasikal! baik tunggang kuda kan.....


Friday, 16-Jun-2006 11:32 Email | Share | | Bookmark
pakaian seragam pasukan keselamatan

 
 
 
View all 4 photos...
sekembalinya dari menghantar iparku; Kak Mariama dan suaminya ke Hotel Quality di Shah Alam , aku singgah sebentar di Muzium Selangor. Di sini aku paparkan pakaian seragam pasukan tentera yang di pakai pada tahun 1933. Emm....segak juga


Thursday, 15-Jun-2006 15:14 Email | Share | | Bookmark
Motivasi lagi

Hj Roslan
penceramah 1
program
View all 7 photos...
selepas buka sekolahkebanyakan pelajar agak kekok nak belajar. Maklumlah lepas cuti panjang. Dalam cuti tulah mereka banyak bermain. Banyak menonton. Banyak bersantai. Banyak makan. Sedikit sahaja yang steady belajar. Jadi untuk mencergaskan mereka semula maka dibuatlah motivasi ini...hai bertuahlah bebudak sekarang!


Tuesday, 13-Jun-2006 16:02 Email | Share | | Bookmark
Kejubos kenduri Mariati

secebis dari rantaian aksi-aksi penduduk di sebuah kampong di Sabak Bernam bergotong royong menjayakan sebuah kenduri. Semua lapisan umur turun berganding bahu melaksanakan kerja-kerja yang telah diputuskan di dalam mesyuarat sebelumnya. Ketika inilah kita mengenali orang baru yang masuk ke dalam keluarga besar kita. Atau bertanya khabar setelah bertahun tak bersua. Atau mencari jodoh......atau mejejaki rahsia resepi masakan dari pakar masak yang disegani dan macam-macam lagi. Bolehkah ia akan bertahan di masa akan datang?




Monday, 12-Jun-2006 18:18 Email | Share | | Bookmark
Khazanah hutan hujan khatulistiwa

spesis apa?
susah cari
menyejukkan mata


[<<  <  67  68  69  70  71  72  73  [74]  75  76  77  78  79  80  81  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net