awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  66  67  68  69  70  71  72  [73]  74  75  76  77  78  79  80  >  >>]    [Archive]
Sunday, 25-Jun-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
sebahagian wajah-wajah SMKASL

Block lama C
Block lama B
Block Lama A
Ini adalah sebahagian daripada bangunan-bagunanan lama SMKASL. Mungkin dibina pada awal tahun 80an.


Saturday, 24-Jun-2006 07:48 Email | Share | | Bookmark
Mayat yang kesunyian

gelap, sempit, dan... dan...
ambillah rezeki yg halal lagi berkualiti
Aku bukan nak menakutkan kalian. Aku pun terserempak dengan mayit ni. Kalau ku tahu di penghujung jalan ni ada mayit rasa nya lebih baik aku menyimpang.

Sebenarnya aku sedang mengamati pameran barang-barang yang digunakan oleh orang melayu beberapa dekad dulu di Kampung yang tradisional. Tak sangka mayit itu pun dipamerkan sekali.

Selepas menguliti mayit tu sejenak, aku rasa aku belum bersedia untuk mati. Masih banyak tuntutan Allah yang aku belum tunaikan. Di samping nikmat-nikmat dunia yang halal yang masih banyak yang belum aku kecapi. Aku sebenarnya pernah 'dikurung' dalam kubur di Ampang Pecah.......di suatu tempat berhampiran hutan......di waktu malam yang gelap.......dan berseorangan........ . Rasanya?memang dashat...tak tahan aku. Aku nak kuburku nanti suatu tempat yang selesa saperti istana.Terang, nyaman, harum dan apa-apa yang baik lagi. Untuk dapat yang semacam tu Semestinya kita mesti senantiasa memilih pilihan yang haq


Friday, 23-Jun-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
jagung yang semakin berharga tetapi enak

jagung sekarang lebih lembut
malam ni hujan. sejak saat Tok Khatib naik ke mimbar, hujan telah mencurah-curah turun. Al hamdulillah...aku suka hujan turun. Sebab ia membasuh duniaku yang sendat dengan pencemaran. Hujan juga mengingat aku kepada zaman kanak-kanak ku....senantiasa bermain hujan

Untuk memanaskan badan yang kedinginan ini, aku, mr. Ngalim, brother Bahar , syeikh Rahim dan lain-lain memasak jagung. Jagung manis Sabak Bernam . Lapan tongkol Rm10. mahal ke? Fresh dari pokok. Untuk lebih sedap bumbukan dengan sedikit garam. Apabila rebusan telah mengelegak airnya padamkan api dapur. Tampa membuka penutup periok rebusan, sengetkan periok itu untuk membuang separuh dari air rebusannya. Dan jangan buka penutup kuali itu sehingga 30 minit kemudian sebelum di makan.

Rasa manis yang terdapat dalam jagung bukanlah disebabkan gula glukosa atau sukrosa. Ingat, gula glukosa dan fruktosa yang banyak tidak sihat untuk pengidap diabetes. Fruktosa ini merupakan gula kompleks yang tidak langsung dicerna oleh alat pencernaan manusia, tetapi harus diolah terlebih dahulu menjadi gula maltosa. Sebelum fruktosa tercerna, ia terbuang melalui bersama urin, tidak sempat terserap ke dalam tubuh
.
Kandungan Zat Gizi (Tiap 100 gr bahan)
No Zat Gizi Jagung Biasa Jagung manis
1. Energi (cal) 129 96.0
2. Protein (gr) 4,1 3,5
3. Lemak (gr) 1.3 1.0
4. Karbohidrat (gr) 30.3 22.8
5. Kalsium (mg) 5.0 3.0
6. Fosfor (mg) 108.0 111
7. Besi (mg) 1.1 0.7
8. Vitamin A (SI) 117.0 400
9. Vitamin B (mg) 0.18 0.15
10. Vitamin C (mg) 9.0 12.0
11. Air (gr) 63.5 72.7

mari-mari pasang lampu. Kasi terang khemah kemudian baru masak jagung

setakat setongkol je tak puas makan....sedap jagung ni


Tuesday, 20-Jun-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
melapah kambing

kambing aqiqah
 

Marhabban telah selamat mendapat anak yang ke 3. Seorang anak perempuan.Sebagai tanda bersyukur, seekor kambing kacang telah disembelih. Kerja yang paling mencabar ialah memisahkan perut kambing dan ususnya . Silap-silap butiran makjun-makjun dari dalam usus kambing tuh bertaburan kebawah. Daging yang telah di masak telah disajikan kepada ahli-ahli qariah tempatan.Semoga Allah merohmati baby tersebut hingga ke akhir hayatnya.



Monday, 19-Jun-2006 10:43 Email | Share | | Bookmark
Lokap lama dan papan batu

Ini balai polis lama. Di Tg. Karang orang tua-tua yang bergigi beberapa batang tuh lebih selesa memanggilnya dengan 'Bale Poles'.Masa bebudak dulu aku kalau lalu depan balai langsung tak jeling. Sebab bimbang polis lambai. Ada brake?....Tayar ada bunga?...mana lampu basikal? adalah soalan-soalan yang kadang-kadang ditanya. Sebenarnya mereka tu saja nak 'berbual' dengan kita. Kita je yang 'pucat' tak tentu pasal.

Di sebelah kanan tu ialah papan batu. Pada tahun 1950an ia meluas digunakan di Persekutuan Tanah Melayu. Namun aku rasa pada awal tahun 1960an masih digunakan lagi di selangor. Di situlah nak menulis, melukis atau nak mengira. Nak menjaganya satu kerja yang susah betul.Lebih-lebih lagi budak 7 atau 8 yang pegang. Aku entah habis berapa keping...kesian bapak aku mengantikannya.....buku tulisan masa tu tak mampu nak beli...masa tu orang melayu tengah kepayahan mencari duit!

Sekarang budak enam tahun dah pandai guna Komputer!



[<<  <  66  67  68  69  70  71  72  [73]  74  75  76  77  78  79  80  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net