|
|
| Saturday, 12-Jul-2008 12:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Abah Awangje
|
 |
|
ayahanda
|
|
|
|
Gambar ni diambil di Sabak Bernam pada tahun 1952. Masa tu awang belum lahir lagi. Sebenarnya abah pun belum berkahwin dengan emak awang. Gambar ni awang jumpa pada passport naik haji abah. Umurnya ketika itu ialah 29 tahun. Pada waktu itu, amat jarang seseorang menunaikan haji di waktu usia muda. Rata-rata yang menunaikan haji adalah yang telah mencapai usia lebih daripada 55 tahun. Kenderaannya pula ialah kapal wap..........ya kapal wap yang menggunakan bahan api arang batu. Bukannya kapalterbang atau kapal laut berkuasa petrol. Abah masih sihat sekarang. Cuma penglihatannya sahaja yang agak kabur. Semoga kehidupan abah senantiasa dirahmati oleh Allah. Amin
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 3-Jul-2008 02:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seketika bersama penghuni rumah panjang
|
|
|
Yang ditengah itu adalah petugas di Sarawak Culture Village. Dia lah yang membuat persembahan tarian ngajat lesung di atas pentas. Yang awang tabik ialah kebolehannya untuk mengigit lesung dengan giginya semasa menarikan tarian ngajat. Bukan senang tu.....masa nak gigit lesung tu adalah beberapa kali dia membetulkan gigitannya tu..nampak macam berat jugalah lesung tu. Tinggi lesung tu adalah satu kaki dan lebarnya selebar dadanya...........Tak tahulah kalau lesung tu dibuat dari kayu yang ringan. Orang memang bertepuk tangan masa tu!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 1-Jul-2008 08:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pengurusan Perkhemahan Sg. Dusun 2008
|
 |
|
Dr. Najib & Tuan Alim Marjunid
|
|
 |
|
HEM Ajis.
|
|
|
Diucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi kerjasama dalam menjayakan perkhemahan itu.
Meninggalkan second business, diwaktu orang lain tidak turun bersama kerana sesuatu kekangan, demi untuk kebaikan anak didik kita adalah satu pengorbanan yang besar. Awang sendiri rasa takjub dengan kesungguhan ustaz Khairuzaman yang tidak kenal penat lelah , senantiasa mendampingi para pelajar tidak kira waktu malam atau siang, hujan atau cerah dan waktu kritikal atau tenang.
Juga kepada pegawai-pegawai perhilitan yang menunjukkan sikap yang profesional di dalam apa jua keadaan. Sesungguhnya perkhemahan itu meninggalkan kenangan manis kepada kami semua..........Tahun depan kemana pulak ya?
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 28-Jun-2008 06:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
malam pertama ; perkhemahan di Sg. Dusun
|
|
|
Rata- rata mereka ini tidak pernah masuk hutan. Usahkan masuk hutan, masuk ke kebun pun tidak. Jadi menjelajahi hutan memang menjadi cabaran buat mereka. Lebih-lebih lagi di waktu malam. Kelihatan pada riak wajah mereka akan kebimbangan, terutama kepada binatang buas, binatang berbisa dan hantu. Akan tetapi bila diberi semangat oleh fc-fc yang berpengalaman barulah kenyakinan diri itu mendatang dan jelas sebelum aktivi dimulakan. Aktivitinya ialah aktiviti burung hantu. Lebih kurang satu jam lebih mereka ditinggalkan dalam hutan barulah mereka diambil semula. Alhamdulillah mereka selamat semua....... Sesiapa yang turut serta dalam program ini bolehlah tuliskan pengalamannya dibawah ini
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 24-Jun-2008 04:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Rezab hidupan liar Sg. Dusun
|
|
Pada 21/6/2008 Awang berssama dengan beberapa orang kawan telah bermalam di Pusat Perhilitan terbesar di Negeri Selangor yang terletak di Sungai Dusun. Kawasan ini adalah ekosistem hutan paya tanah rendah. Keluasaan nya 10,000 hektar.Ianya terdiri dari kawasan paya, kawasan tanah gambut dan sedikit kaki bukit. Ia telah diwartakan sebagai kawasan hutan simpan dan juga Taman negara.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 19-Jun-2008 02:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari kecemerlangan SMKASL 2006
|
 |
|
roslan, aini, sobri dan alim
|
|
 |
|
Latifah, zuraidah dan fatimah
|
|
|
|
Gambar ni tak sempat nak upload masa tu. Mereka adalah tenaga pengajar di SMKASL masa tu. Orang-orang kanan sekolah dan kuat-kuat belaka. Mereka ini memperagakan baju konvo baru untuk dipakai pada hari kecemerlangan sekolah. Nampaknya baju tu sangat menarik dan selalu dipinjam oleh beberapa sekolah berdekatan. Banyak juga ringgit yang dikorbankan untuk membelinya. Namun dari kutipan sewaan nya nampaknya ia berbaloi. Siapa yang boleh memakainya? Hanya pelajar-pelajar yang cemerlang PMR, SPM dan STPM sahaja yang dapat memakainya . Sementara di pihak guru hanya orang-orang penting sahaja yang boleh menyarungnya. Sebahagian dari guru-guru di atas telah bersara atau bertugas di tempat lain. Jika anda mengenali mereka , tulislah sesuatu yang manis berkaitan dengan mereka di sini.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 17-Jun-2008 04:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Banjaran gunung
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 14-Jun-2008 16:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sarawak Culture Village
|
|
Sarawak adalah negeri terbaru yang awang kunjungi. Dan ini adalah kali yang pertama. Ia juga adalah negeri terakhir dalam susunan negeri-negeri yang awang kunjungi. Dari kaca mata awang, Serawak ni banyak keunikannya. Kita perlu melancong berkali-kali untuk mengenalinya. Bila lagikah awang akan ke sana!........tak pasti pulak kerana ianya terpisah dengan semenanjung dek lautan yang luas. Mungkin dua tahun lagi kot! Banyak tempat yang kita boleh lawati.........antaranya ialh perkampungan Budaya Serawak.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 12-Jun-2008 08:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
waterfront Kucing
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 6-Jun-2008 03:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pasar satok Kucing
|
|
Suasana pasar satok beberapa hari sebelum hari Gawai 2008. Semua dirakam dengan Nokia N70. Rasa-rasa nak datang lagi hujung tahun ni
|
|
|
|