Want your
own Fotopage?







 
awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 25-Nov-2008 13:04 Email | Share | | Bookmark
Tanah Rata, Cameron Highland

 
 
 
Menara jam di stesen bas tanah rata cantik,.................. menaranya je yang cantik. Sedangkan stesen basnya amat berbeza. Di Tanah ratalah terdapat homestay melayu...di Kampung Taman sedia. Kalau ada rezeki, awang akan cuba tinggal disitu....

Menara yang ada jam tu stesen bas kan? Sat 12-Dec-2009 06:57
Posted by:wong jowo
Add comment


Tuesday, 25-Nov-2008 01:16 Email | Share | | Bookmark
Ladang Tea Bharat Tanah Rata

 
 
 
View all 5 photos...
Kalau dari pekan Tapah, ladang ini selepas Ringlet tetapi sebelum Tanah Rata. Kalau anda naik ke Cameron menerusi Simpang Pulai, anda akan menempuh dahulu Brinchang dan Tanah Rata baharulah sampai ke tempat n. Jalan raya di sini agak bengkang-bengkok juga serta curam sikit. Ada beberapa tempat di bahagian jalan tu yang kenderaan akan tersekat pergerakannya kerana kerja-kerja penanaman kabel bawah tanah. Melontarkan pemandangan ke dataran dipenuhi oleh teh yang menghijau amat menyeronokan.Kita juga boleh menikmati pelbagai jenis teh yang dijual di kedai disitu................duduklah disiti seberapa lama yang anda mahu...............sambil berbual apa saja. Kemungkinan pada cuti sabtu atau ahad agak berbeza kerana orang ramai.............tapi sebagaimana awang beritahu sebelum ini di entry sebelumnya , awang bercuti pada hari rabu............semua ok.....tak sesak dan tak mahal

Care to comment?


Sunday, 23-Nov-2008 04:55 Email | Share | | Bookmark
Brinchang Cameron Highland

 
 
 
View all 5 photos...
Inilah kunjugan awang yang pertama ke Cameron Highland. Benar, inilah yang pertama. Dalam usia yang begini berumur, baru sekarang ada rezeki. Perjalanan melalui simpang Pulai sangat menyeronokkan. Tidak stress. Tidak banyak lori dan bas kerana hari itu adalah hari rabu. Awang saja pilih hari rabu bukannya sabtu. Isnin hingga rabu orang kurang. Bermakna jalan tak sesak, parking mudah, makan senang dan sewa hotel boleh less sehingga 50% (berbanding hari sabtu).Suhu lebih sejuk berbanding Kuala Lumpur tapi relatif panas jika dibandingkan dengan Cameron 15 tahun dulu................gambar di bawah ni adalah sebahagian dari pekan Brinchang

KEDINGINAN MU TIDAK MEMBEKUKAN MINDA DAN HATIKU


Care to comment?


Sunday, 16-Nov-2008 15:42 Email | Share | | Bookmark
nostalgia berborak

 
 
 
View all 6 photos...
Berborak sesama kawan sekerja, di quater Telaga Air Serawak . Usik mengusik yang mengeratkan silaturrahmi. Kepada kawan-kawan yang imejnya terakam disini tentunya dapat mengagak apa yang dibualkan...........ada yang lucu.........ada yang seram........ada juga yang macam pelik je...............

semua gambar tu diedit filter nya..............dan itulah hasilnya.

For each moment is unique, for each smile has its secret and tears has its joy. With a click of a shutter, a moment is captured and we eternalised it for your eyes to see, again and again. To bring warmth moments, closer to your hearts.

If you ask, aren't we glad we can do that for you?
We say, we do. We will always do.

Call, and let us.
Mon 17-Nov-2008 15:28
Posted by:sue exquisimages@gmail.com  - [Link]
Add comment


Saturday, 1-Nov-2008 14:34 Email | Share | | Bookmark
Bila kelapa sawit diprosses

 
 
 

industri yang sangat berpotensi ni.

Sun 9-Nov-2008 16:46
Posted by:Phalinn Ooi  - [Link]
i'm back..dah habis beraya dah..... Sun 16-Nov-2008 15:59
Posted by:mamacunazorro  - [Link]
Add comment


Friday, 31-Oct-2008 16:10 Email | Share | | Bookmark
Kereta baru

 
 
 
Ini adalah kereta yang ke sembilan. Dan kali kedua untuk toyota. Dah puas dengan mitsuibishi, Daihatsu, proton dan Perodua. Dan inilah adalah MPV yang pertama kami miliki. Cadang mula-mula tu nak pakai proton MPV.....tapi bila dengar-dengar harganya mau mencecah RM100,000 , kami cancel terus. Tak mampu rasanya......................Anak-anak Awang mencadangkan ambil Avanza ni. Harganya adalah yang termurah di kalangan MPV-MPV. Kebetulan adalah rebate minyak lagi.........sudah bagus untuk berhari raya tahun ini. Untuk kami rasanya OK lah............sebab kami cuma 5 beranak je.............pengunaan minyak memang menjimatkan. Lampu-lampunya terang sekali. Mudah dikendalikan kerana tranmisi gear nya automatik. Main tekan pedal minyak dan brek je..........Torknya kuat, tak jadi masalah untuk mendaki bukit dengan muatan penuh. Kalau terperangkap dalam kesesakan jalan, kita masih boleh memandang jauh melampaui lain-lain kenderaan.........boleh nampak pegawai JPJ atau polis didepan yang buat operasi tu......sempatlah tukar pemandu.. kalau lesen dah expired. Sistem penyejuknya OK, ada dua blower.....tak macam WISH yang ada single blower. Tempat duduk baris ke 3 juga OK walaupun untuk orang dewasa yang besar. Taklah sempit atau rendah macam yang ada pada LIVINA, UNSER, CITRA, WISH, STREAM,..........Disamping itu ada ruang untuk setiap penumpang meletakan botol minuman, buku, talipon bimbit, makanan kering masing-masing. Malah bagi pemandu di sediakan satu tambahan bekas untuk botol minuman yang hampir dengan stereng...........amat mudah dicapai. Disampin tu ada satu lagi konsol tambahan terletak antara pemandu dan penumpang hadapan. Ianya bertutup, bolehlah letakkan purse di dalam semasa memandu.........apa-apa sajalah, sebab ia agak besar. Rim tayar juga besar, 15 inci. Disesuaikan dengan tayar 185mm pun dah OK. Nak sedap lagi isilah denag gas nitrogen 99%. Memang melekat di atas jalan disamping suspensinya amat memuaskan.....tak rasa apa-apa semasa melanggar lopak-lopak kecil dan cetek. Tapi ada juga kekurangan MPV ni. Ruang bagasinya tak muat untuk beg bertroli............kenalah masing-masing mengisi pakaian di dalam beg jinjit . Tapi kalau kerusi baris ketiga tu tak diguna dan dilipat, bolehlah sumbat apa pun di situ.............Kalau nak lebih selesa, ambilah INNOVA. Tapi innova lebih kuat makan minyak disamping lebih susah nak parkir dan membuat pusingan U. Bayaran bulanannya juga lebih tinggi...............

Wah... kereta baru... Avanza mmg best... lama dah ngidam ni cikgu... tapi buat masa ni Kelisa tu ok lagi... tambah ahli besok baru beli MPV kot! Mon 10-Nov-2008 09:05
Posted by:Yan  - [Link]
Add comment


Tuesday, 28-Oct-2008 01:28 Email | Share | | Bookmark
Taman Botani Bukit Cerakah

 
kolam ikan
Gambar ni dirakam 15 tahun yang lepas. Masa tu memang tak tahu langsung teknik -teknik mengambil gambar. Lokasinya ialh Taman bukit Cerakah. Sekarang Taman Bukit Cahaya. Tak tahu apa asal namanya ditukar . Kalau anda nak tahu, banyak tempat -tempat di Malaysia ni yang ditukar namanya..........Umpamanya Batang berjuntai bertukar Bestari Jaya. Tiram Burok menjadi Tiram jaya. Penukaran nama itu menyukarkan generasi akan datang mengenali sejarah asal usul tempat . Biarkan lah nama Sg. Pelek, Simpang Lima, Batang Kali, Kg. Soeharto dan lain-lainnya kekal.........Sebenarnya ada cerita disebalik nama-nama tu...............

Bukit Cahaya sekarang tak seceria Bukit Cerakah dulu........Pihak pengurusan Selangor sebelum Dato Khalid Ibrahim telah merancang untuk membangunkan kawasan sekeliling bukit itu. Anda boleh melihat apa yang dibangunkan di situ sekarang. Sedangkan itu asalnya adalah hutan simpan.......hutan dara...sesuatu yang sangat bernilai untuk generasi akan datang. Rasanya kalau tak digembar gemburkan tentang kemusnahan ekosistem di sekitar taman Bukit Cerakah tu oleh NGO dan Karam Sing Walia, boleh pupus bukit tu............agak pelik juga, kita yang dibawah ni yang amat sensitif dan yang mula-mula bangkit nak jaga hal ini..........sedangkan orang yang boleh nampak dari puncak bangunan yang tinggi-tinggi disekitar bukit tu lambat sedar............

Bolehkah Bukit Cahaya ini boleh dlihat oleh cicit kita 200 tahun lagi?

Care to comment?


Sunday, 26-Oct-2008 05:07 Email | Share | | Bookmark
SMKASL 2008; Khatam Quran di bulan Ramadhan

 
 
 
View all 11 photos...

Care to comment?


Thursday, 23-Oct-2008 01:04 Email | Share | | Bookmark
cempedak durian

cempedak
kacukan cempedak dan durian
salak terengganu
Rupa rupanya dah ada pun kacukan cempedak dengan durian. Apakah namanya? tak pasti pulak. Sesiapa yang tahu tolonglah berkongsi di sini......Awang belum makan lagi..jadi tak bolehlah nak ceritakan tentang warna ulasnya, saiznya, baunya dan rasanya............Masa MAHA tu malas nak jinjit buah tu kesana kemari, sebab buahnya besar-besar.........rasanya lima tau enam kilo adalah..........Dah lah sebelah tangan pegang payung(hari tu hujan renyai-renyai)........Kalau belum ada nama boleh buat peraduan memberi nama buah tu.............siapa yang menang jangan minta hadiah...........tak ada penaja disini

>> tak tahu pula ada cempedak durian ni...
>> rasa mcm mana...?
Thu 23-Oct-2008 20:19
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Add comment


Saturday, 20-Sep-2008 11:11 Email | Share | | Bookmark
konvokesyen

tempat belajar
posing berdua
dengan kekawan & anak
Zaujah awang konvo bulan ogos hari tu.............selepas 4 tahun berhempas pulas....... dan.......... dihempas dipulas berjaya juga dia. Tahniah dari abang! Teringat pulak masa konvo-konvo dulu..........saat yang paling bermaknakan!

سلامت هاري راي عيدالفطري معاف ظاهير باطينن
Semoga mendapat keberkatan dan rezeki yg melimpah ruah dariNya
Jemput ambil kad raya dari saya
Sun 28-Sep-2008 10:46
Posted by:m:e:o:r:j:a:y meorjay65@yahoo.com  - [Link]
Tahniah
SELAMAT BERHARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
سلامت هاري راي عيدالفطري معاف ظاهير باطين
GAMBAR MAJLIS BERBUKA PUASA FP NORTHERN TELAH DIUPDATE
Tue 30-Sep-2008 22:30
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
Raya ni mesti tak dan tengok wayang. Mai tengok drama satu babak.Pelakon tak sedar gambar dia dirakam Sun 5-Oct-2008 15:06
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
View all 9 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.