awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  15  16  17  18  19  20  21  [22]  23  24  25  26  27  28  29  >  >>]    [Archive]
Thursday, 12-Mar-2009 10:54 Email | Share | | Bookmark
Takut pada Allah dan kelebihan membaca Al Quran



Seikhul hadith Muhammad Zakaria ada menulis di dalam kitab "kelebihan Al Quran" ;

Abu Zar r.a berkata bahawa ia meminta rasulullah saw memberikannya satu nasihat yang berpanjangan. Rasulullah saw bersabda, "Semaikanlah perasaan takut dan hormat kepada Allah di dalam hati sanubari kamu kerana ini adalah sumber bagisegala amalan-amalan baik". Aku meminta supaya baginda menambah lagi dan baginda pun bersabda, "tetaplah membaca Al- Quran kerana ia(Al-Quran) adalah "nur' untuk kehidupan ini dan bekalan(di akhirat) untuk hari akhirat".

seseorang yang hatinya penuh ketakutan kepada Allah tidak akan melakukan apa-apa dosa atau mengalami apa-apa kesukaran.

Luahan dari Awang; Bila mana hati kita senantiasa ingat Allah dan taqwa pada Allah dalam setiap bidang kehidupan kita, sama ada waktu beramai-ramai atau sendirian, sama ada di waktu gelap atau terang, sama ada bersama orang yang kita kenali atau tidak. sama ada di tempat kita atau di tempat asing , tentulah kita tak akan berfikir ke arah kejahatan. Dan Insyaallah kita tidak akan cenderung kepada kejahatan dan melakukan kejahatan.





Wednesday, 11-Mar-2009 15:17 Email | Share | | Bookmark
Membuka rahsia orang: kepada siapa dibenarkan!



Sila rujuk kitab hadith empat puluh, susunan Imam Nawawi. Telah diterjemah, disyarah dan disusun kedalam bahasa Melayu oleh Ustaz Mustofa bin Abdul Rahman. Selepas menatap hadith yang ke 36, Awang melihat catatan berikut;

.Diantara para Ulama ada yang (menjelaskan mengenai PERKARA MEMBUKA RAHSIA)membahagikan manusia kepada dua bahagian

1.orang yang tersembunyi hal mereka dan jarang diketahui suatu dari kejahatan mereka: sekirannya ada terdengar atau diketahui suatu kejahatan atau kesalahan dari mereka, maka tiadalah harus dibuka atau diperkatakan hal mereka. Kerana pembukaan atau percakapan saperti ini adalah bererti mengumpat yang terlarang.

2. Orang yang sudah terkenal dengan kejahatan atau maksiat mereka secara terbuka atau terang-terangan, sedang mereka sendiri tiada malu-malu mengerjakannya, tiada indah dengan nasihat atau percakapan orang terhadap mereka; memperkatakan kelakuan mereka dalam perkara ini tidak dinamakan umpat dan tidaklah dicela, Bahkan diharuskan pula mencari latar belakang atau rahsia perbuatan mereka untuk ditentukan suatu tindakan yang sejajar dengan perbuatan mereka itu.


Monday, 9-Mar-2009 15:14 Email | Share | | Bookmark
Sunnah lawan Bida'ah sesat.






Dari Abi Najih Al-'Irbadhi bin Sariah R.A katanya, " Telah menasihati kami oleh Rasulullah SAW akan satu nasihat yang mengeletarkan hati daripadanya dan menitis air mata. Lalu kami berkata, " Ya Rasulullah! Seolah-olahnya inilah nasihat yang terakhir, maka berilah kepada kami satu pesanan. Ia bersabda: Aku berwasiat(berpesan) kepada kamu dengan bertakwa kepada Allah Azzawajalla dengan mendengarkan serta taat, sekalipun kepada seorang hamba yang memerintah kamu. Kerana sesaungguhnya barangsiapa yang hidup daripada kamu, maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Sebab itu maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para Khalifah Ar Rasyiddin Al Mahdiyyin(yang mengetahui kebenaran serta mengikutinya, yang mendapat pimpinan ke jalan yang betul[/b]) dan gigitlah kamu dengan garham-garham gigi kamu. Dan jauhilah oleh kamu akan perkara-perkara yang baharu diada-adakan. Kerana sesungguhnya tiap-tiap bida'ah itu adalah sesat.

Diriwayatkan oleh Abu Daud Dan Al Tarmidzi- Hadith yang hasan lagi shahih.


Friday, 6-Mar-2009 11:48 Email | Share | | Bookmark
Kemanusian dan kebinatangan



Awang berpendapat di kalangan binatang tiada yang bersifat kemanusian. Namun di kalangan manusia ramai yang bersifat kebinatangan. Umpamanya bersifat kebuayaan atau keanjingan. Kekacauan yang melanda keharmonian hidup manusia dewasa kini antaranya kerana semakin ramai yang meninggalkan sifat kemanusian tetapi beramal dengan sifat kebinatangan. Tataplah dada-dada akhbar atau tontonilah tv. Sungguh banyak contoh yang boleh ditemui. Merompak , menyamun, menyerang, membunuh, menakutkan orang, mengenepikan peraturan, melanggarkan hukum-hakam, menipu, berani berbohong dan angkuh hari-hari kedengaran. Tak terkecuali di Malaysia!


Saturday, 28-Feb-2009 01:33 Email | Share | | Bookmark
antara kegelapan dan kejahilan



Dunia yang gelap ditakuti oleh manusia. Jika kegelapan disamakan dengan kejahilan maka sepatutnya orang ramai rasa tak senang dengan kejahilan yang semakin berleluasa. tinggal dipersekitaran yang gelap akan mendedahkan diri kepada ancaman bahaya yang lebih tinggi. Oleh itu tinggal dalam suasana yang dikuasai kejahilan akan merosakan diri dan masa depan manusia. Maka berpindah kepada cahaya adalah langkah bijak. Meninggalkan sekular lalu hidup dengan Islam adalah wajib kerana Islam adalah cahaya yang akan menerangi kehidupan. Di dalam kegelapan kita rasa kita saja yang ada. Di dalam kehidupan penuh kejahilan kita hanya melihat kepada nafsu serakah kita saja. Apa saja tindakan kerana memenuhi hawa nafsu. Tidak kira sama ada Allah murka atau tidak. Tidak memikirkan hadith-hadith nabi yang berkaitan. Tidak melihat kepada pengajaran sejarah Islam yang agung itu. Tidak mengutamakan keadilan yang sejagat. Tapi mengutamakan , wang ringgit, dendam, asobiah dan bermacam-macam lagi ciri-ciri nafsu amaroh.


[<<  <  15  16  17  18  19  20  21  [22]  23  24  25  26  27  28  29  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net