awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  14  15  16  17  18  19  20  [21]  22  23  24  25  26  27  28  >  >>]    [Archive]
Friday, 22-May-2009 10:56 Email | Share | | Bookmark
Kaktus bulat macam bola


Agaknya kalau seseorang tu bersaiz besar, dia akan pilih benda-benda yang bersaiz besar je ke! Nak kek yang besar, hadiah yang besar, makan yang besar.......


Wednesday, 6-May-2009 04:11 Email | Share | | Bookmark
Alam memberi khabar kepada kita



Benar adalah sifat yang mulia. Lawannya, bohong adalah sifat yang keji. Membezakan benar daripada bohong adalah sebahagian matlamat Allah ke atas kehidupan manusia di dunia ini. Allah benar – benar mahu menyaksikan golongan yang benar terpisah daripada golongan yang bohong. Satu di syurga dan satu lagi di neraka. Lihat al Ankabut:3.
Benar bukan bermula di lidah, tetapi di hati. Justeru ia mendasari makna iman. Iman adalah pembenaran dengan hati. Apabila hati telah dikuasai kebenaran dan pembenaran ke atasnya, ia pasti dan mesti menguasai tubuh. Justeru lidahnya pun berkata benar dan seluruh anggota tubuhnya bertindak dan berkerja dengan benar tanpa bohong dan tipu.
Maka iman adalah benar sebagaimana benar adalah iman. Iman adalah pembenaran dengan hati, pengucapan dengan lidah dan berkerja dengan anggota badan. Begitulah gambaran betapa mulianya sifat benar.
Oleh kerana benar adalah iman, maka bohong adalah nifaq. Orang beriman adalah pembenar kepada kebenaran, manakala kafir, juga munafik adalah pembohong yang menidakkan kebenaran (Lihat al ankabut:11). Justeru sifat benar sebenarnya adalah pembeza di antara iman dan nifaq. Nyatalah betapa penting dan berharganya bersifat dengan sifat benar dalam kehidupan orang beriman.
Maka benar adalah amanah iman, manakala bohong adalah khianat terhadap iman. Itu maksud sabda al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam.
Mencapai darjat tertinggi sifat benar adalah sukar. Hati sentiasa benar. Ia menjadi saksi diri sendiri. Jika ia beriman dengan Allah maka benarlah hatinya dalam imannya itu. Bila ia kufur dan mensyirikkan Allah, maka benarlah hatinya dalam kufur dan syiriknya itu. Hatinya benar dalam menidakkan kebenaran daripada Allah.
Peperangan dan perjuangan sifat ini bermula apabila ia menuju lidah dan perbuatan. Jika lidahnya berkata sebagaimana hatinya, maka dia melonjakkan sifat benar di dalam dirinya. Kemudian jika perbuatannya juga adalah selaras pernyataan hatinya, maka ia sebenarnya telah mencapai darjat tertinggi sifat benar.
Kerana kebesaran bersifat benar, maka manusia paling mulia selepas para rasul, Abu Bakar telah menerima darjat kebesaran utama daripada Allah iaitu gelaran ‘as siddiq’.


Apa persepsi anda mengenai gambar ni?


Saturday, 4-Apr-2009 00:09 Email | Share | | Bookmark
kita dan masa milik kita.

Ketahuilah, masa kita itu cuma ada triga sahaja. Masa semalam, masa esok dan masa sekarang. Yang semalam dah terlepas. Yang esok belum pasti. Yang hari ini sedang kita harungi. Pastikan ia berlalu dengan penuh berfaedah dan diredhai oleh Allah. Biarlah ia berlalu dalam keadaan kita mengagungkan Allah, tidak mendewa-dewakan sekularisma. Berlalu dengan masa kita terluang membantu pencinta-pecinta Rasulullah, bukan membantu tangan-tangan yang merosakkan penghayatan Islam secara Syumul.



Friday, 20-Mar-2009 15:37 Email | Share | | Bookmark
Kelebihan membaca Alquran



Hadrat Abu Sa'id r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:" Allah berfirman, jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingati Daku dan memohoni rahmat dariku kerana ianya sibuk dengan Al-Quran, Aku akan mengurniakannya lebih daripada mereka yang memohon rahmat dari Ku". Ketinggian perkataan Allah ke atas segala-gala perkataan adalah seumpama ketinggian di atas segala ciptaannya.


Sunday, 15-Mar-2009 11:07 Email | Share | | Bookmark
Berita baik untuk orang yang sabar waktu ditimpa bencana



Dari Anas, RA, bahawa Nabi SAW bersabda;"apabila sesorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah ta'ala berfirman kepada malaikat penulis amalannya, "tulislah juga untuknya amalan-amalan soleh yang biasa ia lakukan", kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan dia hidup berkeadaan baharu-bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberinya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya."

(Ibnu Abi Shaibah, Imam Ahmad dan Baihaqi)

sekiranya seseoramg itu ditimpa kemalangan maka hendaklah ia menerima kejadian itu dengan tabah hati dan bersabar, kerana sikap yang demikian itu membawa kebaikan kepadanya.


[<<  <  14  15  16  17  18  19  20  [21]  22  23  24  25  26  27  28  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net