awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  13  14  15  16  17  18  19  [20]  21  22  23  24  25  26  27  >  >>]    [Archive]
Saturday, 11-Jul-2009 05:46 Email | Share | | Bookmark
Angkasa Skudai, jun 2009



2009, tahun bermakna untuk pejuang-pejuang Bahasa Melayu. syukurlah , nasib bahasa Melayu terbela akhirnya.


Monday, 8-Jun-2009 02:34 Email | Share | | Bookmark
Ada tak yang lain-lain lagi yang...



Komunis-chin peng-komunis-chin peng itulah yang anda semua sembangkan. Sikit-sikit sudahlah. Jangan sampai berhari-hari. KIta ada banyak kerja nak difikirkan dan nak dibuat.Berpada-pada je lah...........Lagi pun apakah tak ada benda lain yang semerbahaya atau lebih merbahaya dari isu tu? Anda semua perasan ke tak? Ginilah.......anda senaraikan masalah-masalah yang disumbangkan oleh fahaman di atas itu. Kemudian cuba lihat apakah ada orang lain lakukan benda yang sama atau lebih teruk lagi di Malaysia ni. Dari masa dulu hingga sekarang ni. Kemudian bandingkan dengan dapatan dari rakan-rakan lain. Mungkin kita akan terkejut nanti..sebab kita tak perasan selama ini. Kalau dah perasan tu selesaikan lah mana yang lebih utama dulu dengan kadar upaya kita.


Saturday, 30-May-2009 15:42 Email | Share | | Bookmark
Hari Ibu 2009



Terima kasih ibu ku, kerana membesarkan dan mendidik aku dengan penuhkesabaran. Kau telah mewarna aku menjadi insan yang berpendidikan. Tidak pernah terjebak dengan gejala sosial. Menjadi warganegara malaysia yang tak pernah mengambil atau memberi rasuah . Menjadi manusia yang inginkan Islam memerintah di Dunia ini. Kau selalu berpesan, kemana pun aku pergi, kerja Islam perlu dijunjung, kerja dunia dikelek. Bersyukur dengan rezeki Allah, bantu mereka yang memerlukan.


Tuesday, 26-May-2009 05:13 Email | Share | | Bookmark
Berita Terkini sek. men. keb Agama Simpang Lima @ SLISS



Ustaz Mohd. Sobri bin Mohd Noor telah kembali ke Warahmatullah pada hari Jumaat lepas bersamaan dengan 22hb mei, 2009. Beliau meninggal di Hospital Tanjung Karang sekitar jam 6.00 petang. Ustaz adalah mantan HEM di SMKASL sebelum bersara pada tahun 2007. Sesiapa yang ada kenangan manis bersama beliau bolehlah berkongsi dengan orang lain di sin

Manakala Puan Hajjah Fauziah binti Ahmad Milatu telah berhijrah ke Sek Men Keb Dato' Mustaffa, Pasir Panjang. Semoga beliau dapat berhidmat dengan cemerlang di tempat baru.




Monday, 25-May-2009 03:08 Email | Share | | Bookmark
Labah-labah






Umpama orang yang mengambil wali-wali selain daripada Allah, adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Sesungguhnya selemah-lemah rumah ialah rumah labah-labah, jika mereka mengetahui"


(Ayat 42, Surah Al-Ankabut)


[<<  <  13  14  15  16  17  18  19  [20]  21  22  23  24  25  26  27  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net