awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  10  11  12  13  14  15  16  [17]  18  19  20  21  22  23  24  >  >>]    [Archive]
Monday, 1-Mar-2010 11:22 Email | Share | | Bookmark
Rambut anda masih hitam?



Kepada sebahagian orang, keadaan rambut tergolong kepada isu utama kehidupan seharian. Mereka risau bila rambut telah panjang. Risau bila rambut berkelumumur. Risau bila rambut terlalu nipis. Risau bila rambut gugur. Risau bila rambut sukar difesyenkan. Atau risau bila rambut bertukar menjadi putih. Sebahagian orang yang telah berusia agak tak selesa apabila rambutnya bertukar jadi putih. Sukar menerima kenyataan itu kerana rasanya dia masih belum tua. Tambahan pula kulitnya masih tegang dan segar. Hatinya pula masih condong melakukan apa-apa aktiviti yang selalunya dilakukan oleh orang muda. Dilema ini membuatkan dia berkelakuan tidak konsisten, sesekali macam orang muda atau sesekali bertingkah sapereti orang berusia. Apakah pilihan yang terbaik untuk mereka ini? Apakah mewarnakan rambut suatu pilihan yang betul? Berikan komen anda!


Rambut penduduk kampung Beja



Bukan sahaja rambut dah putih, misai dan janggutnya juga dah putih
Sekiranya kemunculan rambut putih di kepala disertai dengan kekenduran kulit tidaklah menjadi dilema kepada orang disekeliling untuk menyapa. Tidak mengapa dipanggil pak cik atau uncle atau datuk. Lebih-lebih lagi kalau yang memanggil itu memang umurnya bertaraf anak atau cucu kepadanya.

Gambar hiasan, seorang nenek dari filipina. Umum mengakui bahawa pada usia seperti ini memanglah rambut akan berwarna putih. Dan yang empunya badan pun tidak menafikannya.Sebenarnya yang pelik ialah pada usia saperti ini rambutnya masih hitam pekat. Awang pernah ternampak orang begini; Usia dah mencecah hampir 90 tahun tetapi rambutnya masih hitam. Nak kata warna hitam tu adalah warna sebenar rambutnya susah juga nak percaya. Mana mungkin, sedangkan kulitnya dah berkedut sana sini. Gigi pun dah gigi palsu.

Pada sesetengah orang, dia masih segak dan trampil, walau pun rambutnya telah bertukar ke putih. Lihatlah gambar orang turki ni. Awang pun dah beruban juga. Tapi tengoklah foto Awang di atas tu......masih boleh memberi saingan kepada orang-orang yang lebih muda daripada Awang.......walau berusi dah lebih dari setengah abad....he.he..Mudah-mudahan Awang tidak Ujub atau mensia-siakan kelapangan yang masih ada ini. Semoga hidup Awang senantiasa dalam peliharaan Allah. Selanjutnya, Pernah Awang terdengar satu hadith mengenai tabiat orang menghitamkan rambut yang telah putih ni. Matan nya tak ingat. Tetapi maksug hadith berkenaan memberi tahu bahawa Allah mengharamkan perbuatan itu. Kalau Awang silap harap diperbetulkan.


Tuesday, 16-Feb-2010 02:44 Email | Share | | Bookmark
kerenah anak-anak kita

Menangani kerenah anak-anak yang membesar adalah suatu kemestian kepada Ibubapa. Tiada hari yang sunyi dari kerenah mereka. Selalu juga mendengar keluhan rakan-rakan berkenaan anak-anak.
Hai anak-anak, turutilah tunjuk ajar ibubapa. Selagi ibubapa tidak menyuruh kamu melakukan yang haram, ta'atilah mereka.
Berbalik kepada kerenah anak-anak, ramai anak-anak condong kepada pendapat rakan sebaya berbanding dengan orang lain. Malah mempertahankan rakan sebaya jika rakan sebaya mereka dipertikai. JIka anak-anak kita ramai, katakan berbelas-belas orang dan jarak kelahiran mereka tidak jauh, mungkin peranan rakan sebaya itu dapat dimbangi oleh peranan adik-beradik. Dengan adik beradik yang ramai, mereka boleh main takraw. Atau main bola keranjang. Atau main galah panjang. Atau apa saja. Bila dah ramai, apa saja aktiviti boleh dilakukan. Tidak perlu sangat kepada kanak-kanak dari jiran tetangga.

Salah satu kerenah anak-anak yang merimaskan ibu bapa ialah gemar makan dikedai, gerai atau restoren. Pantang ada cuti, mulalah mengajak makan diluar. Lebih-lebih lagi apabila diketahui ibubapa mereka baru menerima gaji

Sesekali menjamu selera diluar apa salahnya. Umpamanya, ingin mencuba masakan popular sesuatu daerah. Saperti mencuba nasi dagang sewaktu berkunjung ke Terengganu. Atau saperti menikmati lauk tempoyak ikan patin daerah Raub. Atau pun mee udang banjir di Kuala Sepetang. Memang seronok jika dapat melancong setiap bulan sambil makan-makan
Umum bersetuju bahawa tabiat kerap makan di luar rumah perlu dielakkan, walaupun dari segi kewangan kita tergolong yang mampu. Kenapa ya? Rata-rata orang risaukan anak-anak akan jadi ketagih makan diluar rumah. Diakui, lama kelamaan kanak-kanak memang akan terbiasa dengan budaya makan diluar rumah. Payahlah nak makan di rumah sendiri. Ibu bapa buaknnya senantiasa berkocek tebal. Ada masanya berbagai pembayaran perlu dilakukan tepat pada masanya. Saperti pada hujung tahun kita perlu memperbaharui insuran kenderaan-kenderaan, cukai-cukai jalan, cukai pendapatan, zakat-zakat dan berbagai-bagai lagi pembayaran. Belum lagi persediaan untuk sekolah anak-anak, kenduri kendara dan ziarah kaum keluarga.
.Tak semua pengusaha makanan jujur. Ada di antara pengusaha ini yang tidak mementingkan khasiat. Mereka cuma mementingkan rasa dan rupa makanan. Akibatnya anak-anak akan terdedah kepada risiko kualiti makanan yang kurang berkhasiat atau tidak bersih .

Satu lagi kerenah anak-anak ialah susahnya nak memastikan mereka memakai pakaian menutup aurat. Awang rasa inilah antara kerenah anak-anak yang perlu perhatian serious.

Nurul Hidayah Darunai dan rakan-rakan.

Semasa bersekolah masalh ini amat kurang berlaku. Boleh dikatakan pakaian murid-murid menutup aurat. Tapi pada ketika berjalan-jalan keluar dari rumah saperti ke pasar raya, pakaian mereka menyakitkan hati ibubapa.


Wednesday, 10-Feb-2010 01:42 Email | Share | | Bookmark
Diri kita dan botol

Nilai botol bergantung kepada kandungannya.Sebiji botol bersaiz 1 liter jika diisi dengan air bertapis mungkin berharga rm1.50. Jika berisi air mineral mungkin berharga rm2.50. Jika butiran emas disembunyikan di dalam botol, nilai botol itu harus menghampiri seratus ribu ringgit. Tetapi beriisi air kencing, ia dibenci oleh orang dan tidak ada nilainya. Jika botol itu adalah diri kita maka nilai diri kita bergantung kepada apa yang ada di dalam diri kita.Kandungan apa yang ada di dalam diri kita itulah yang akan menyebabkan sama ada kita diredhai oleh Alloh; mudah semasa dihisap dan terlepas dari semua azabnya atau sebaliknya

emmmmm...botol bermadu..........berkhasiat dan digemari orang



Botol dengan minyak zaitun..............sangat berfaedah


bekas dengan epal merah,........anda mesti sukakanya!


Monday, 4-Jan-2010 14:38 Email | Share | | Bookmark
Balik mengejut

Pada suatu hari, sedang awang mengemaskan pondok, Awang dikejutkan dengan panggilan talipon kakak ipar .Kebiasaannya dia akan bercakap degan adiknya( isteri Awanglah.....he...he...). Tapi kali ini lain pulak. Berdebar juga hati menunggu berita yang nak disampaikan............Rupa-rupanya nak menjemput kami sekeluarga ke majlis walimah anak lelakinya. Khabar itu menamatkan teka teki kami tentang tarikh majlis alimah itu. Ingatkan berlangsung pada november 2010 depan........Kami tak sangka ia akan diadakan pada januari 2010 ini. Oleh kerana januari 2010 ini kai akan sibuk dengankerja saperti yang tertera dalam takwim maka kami mengambil keputusan untuk mengunjungi beliau sebelum sekolah dibuka.Lalu bergegaslah isteri Awang membuat tempahan tiket’belon’ untuk sekeluarga. Nasib baik masih ada.Bersoraklah anak-anak dengan gamatnya. Maklumlah dah dua tahun tak berjumpa.........dua tahun tu banyak perubahan berlaku! Tapi cemaskan juga hati kerana tiket untuk lima orang dewasa ni bukannya sikit.Perjalanan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu ke Lahad Datu bukannya dekat.Pergi balik pulak tu......Perbelanjaan hidup selama beberapa hari di sana juga kena dikira. Begitu juga dengan buah tangan dan hadiah-hadiah.terpaksa lah korek sana korek sini. Nasib baik tak menghampakan. Kalau ada bonus akhir tahun saperti tahun lepas taklah pening...........pelik ya kenapa tak dapat bonus tahun ni?


Tidak saperti yang sudah-sudah, kali ini kami pergi sendiri ke Lapangan terbang. Dulu adik Awang mneghantar pergi dan menjemput kami balik. Tetapi kerana masa keberangkatan kami ini dia masih bekerja terpaksa kami simpan kereta kami di perkarangan Concord Inn. Mulanya kami nak simpan di KLIA tetapi bayarannya sangat mahal untuk empat hari, beratus-ratus.......Dengan bayaran rm3/jam cubalah anda kira sendiri jika parkir empat hari.


Melihat sahaja kelibat boeing di terminal KLIA sudah cukup untuk mengecutkan perut Awang.Minta-mintalah dapat Airbus............janganlah terbang dengan boeing! Sebab boeing ni badan dan kepaknya kecil.Ketika berlepas ia akan menderu sangat laju.Begitu juga takala mahu mendarat.Terasa perut kita ni diangkat atau diturunkan dengan kuat. Dulu –dulu takada lah kecut begini....


walaupun airbus yang diinginkan namun ia sekadar keinginan,,,,,,,,,,,,, Boeing juga yang kami dapat. Apa-apa je lah,,,,,,,,,,,,,

Anak Awang seolah mengerti apa yang bermain di benak Awang. "Abah ok, do not worry".
bersambung esok

Hemm.........dah dua minggu berlalu, baru ada mood nak sambung cerita........

Ketibaan kami di Lapangan Terbang kota kinabalu disambut oleh cuaca yang redup.Suasana pun kurang sibuk..........

Oooooooopsss........awang tangguhkan dulu coretan ini kerana azan maghrib dah berkumandang. Malam ini nak bawa anak pergi dengar kuliah di Masjid Jamik. Mudah-mudahan jika duduk jauh dari emakbapaknya nanti dia akan reti pergi mengaji sendiri......

sambung cerita, 23/1/2010
Hari kami sampai d KK itu hari adalah hari krismas, mungkin sebab itu orang sangat sedikit.Masing-masing memaku diri di depan TV agaknya. Yang muslim memang lah awang faham. Hari jumaat, tentunya ketika itu tengah menghadap khatib jumaat.


makan mini roti canai, sedap juga resepinya.


Di airport KK, walaupun waktu itu waktu makan tengahhari, kami tak makan. Selain kerana harga makanan yang tak berapa berkenan, perut pun belum rasa lapar. Ini semua belas rahim Allah yang mengurniakan rasa kenyang, lantaran makan nasi lemak yang disaji di dalam kapal terbang.Memang anak-anak tadi nampak berselera makan. Kata anak Awang sambalnya sedap!.............



Lagi pun masa transit di KK airport singkat.Cukup-cukup untuk mendaftar di kaunter Imigresen. semasa mendapatkan kapal fokker yang akan berlepas ke Lahad Datu, kami adalah penumpang yang terakhir sekali sampai.......Dari jauh, nun trafik-trafik airport dan kaki tangan KKLIA menunggu kami dengan senyuman ..........tak tahulah senyum ikhlas ke atau senyum perli .Nasib baiklah tak minum tadi, kalau tidak tentu nama akan dipanggil bertalu-talu .............


permaugari sahaja yang ada. Masing muda lagi nampak, mungkin sebab ini flight dalam negeri sabah.Sementara yang berhidmat pada boeing kelihatan mature dan bersahaja dan pro........

Kami dapat kerusi berhampiran kipas.Ngeri pun ada juga, mana lah tahu seandainya kipas tu longgar........Rasanya kapal ini kapal baru, patutlah enjin nya lebih senyap. Dinding dalam bersih. Pembalut kerusi juga baru. Satu pembaharuan lagi ialah kemunculan LCD dari lelangit kapal sewaktu penerangan mengenai penggunaan tali pinggang keselamatan. Bagus juga idea tu, sebab yang rabun jauh boleh nampak. Setiap dua baris kerusi di sediakan satu LCD yang boleh merapat semula ke ruang simpan setelah selesai penerangan.


Kota kinabalu dari udara

Perjalanan ke Lahad Datu kali ini sungguh mendebarkan. Boleh dikatakan ruang udara senantiasa diliputi awan hujan. Jadi setiap kali kapal menerjah awan maka ia akan bergegar. Sesekali macam masuk ke dalam 'air pocket'. Waktu itu kita akan rasa terjunam kebawah dengan tiba-tiba. Bagi yang tidak biasa sudah tentu mengakibatkan perut memulas atau nak termuntah. Ketika kapal melayang lebih kurang 2000m dari muka bumi ,pemandangan dari udara masih tidak jelas

beginilah keadaan hutan segama dari udara.Tentunya di bawah sana baah dan dingin.
Ketibaan kami disambut oleh Abang Jalil.Walaupun kami telah berpesan dari awal untuk tidak bersusah payah menjemput kami namun beliau tidak memperdulikannya.Kali ini kami datang melenggang sahaja; tak bawa ole-ole.Jadi kalu naik teksi pun tak ada masalah......tapi begitulah beliau ini, tetap berpegang teguh pada adat terpuji Islam, tetamu kena dimuliakan.........raa malu juga Awang sebab tak bawa apa-apa untuknya. Bukannya kedekut, tapi poket Awang kempis sikit kali ini .Kunjungan kali ini ke sana mengambil masa yang singkat, 3 hari 3 malam sahaja. Memang tak berbaloi jika di bandingkan bayaran tiket hanpir sembilan ribu ringgit. Tapi apa nak buat, dah itu je flight yang ada. Jadi kami bercadang nak banyak duduk berbual di rumah sambil makan minum sahaja. Nak makan ikan bakar yang fresh-fresh di Lahad Datu. Tapi Isteri Abang jalil mencadangkan kami berjalan ke Tawau.Katanya, alang-alang sampai dari jauh, lanjut lah ke TAWAU. Isteri Awang umpama orang ngantuk disorongkan bantal..............terus mencadangkan kami sekeluarga berekspendisi ke Tawau pada keesokan hari....Ikut hati nak tidur je Awang, tapi bila bini bersungguh benar mengajak, terpaksa lah Awang berlembut...........(lembut ada makna tu...he...he...)

maka pada keesokkan hari bertolaklah kami dari Taman Harapan, Lahad Datu menuju ke Tawau (di sebut dengan TA AU oleh orang cina sabah). Lebih kurang jam 8.00 pagi kami bertolak. Ada Isuzu D Max dan Avanza parking di rumah Abang Jalil.Rasa-rasa nak bawa Isuzu tu, nak rasa tarikan four wheel. Ini lah masanya nak rasa, kalau di Semenanjung payah lah nak dapat."itu kunci kereta, atas meja", Setelah kunci berada ditangan Awang, jelaslah ia kunci Avanza. OK lah, dari naik bas atau teksi. Kalau naik teksi mahu rm300 pergi balik. Hah.....minyak pun penuh! Alhamdulillahhhhhhhhhhhh. Memang best lah biras aku ni, susah nak cari orang macam ni. Dibandingkan dengan orang lain, kira nya Awang beruntung.Sebab bila balik ke sini layanan saudara di sini memang best. Semoga Allah membalas dengan selayaknya. Jalan dari Taman Harapan ke Silam agak lengang. Best nih.............boleh memecut.Memecut laju di jalan yang lebar dan agak berbelok-belok adakalanya menyeronokkan. Apatah lagi Avanza ni masih baru dan bertenaga sekali. Gear pun atomatik, tak perlu penat tukar-tukar gear atau tekan cluth. Pegang saja setering dan pijak pedal minyak ikut situasi jalan. Tutup pendingin udara, buka luas cermin tingkap dan meluncur laju meninggalkan bukit silam di belakang.Angin disini masih bersih, tamparannya menyegarkan wajah dan tubuh kami.Ooooooh, segarnya udara disini. satu demi satu kenderaan disini Awang potong. Orang sini memang cermat memandu dan sopan.Barangkali kerana kesan dari suasana kesesakkan kenderaan di Bandar LahadDatu membentuk mereka jadi begini; cool dan steady. Awang pulak dah selalu bergegas ke sana sini, tak reti nak slow.Ada space je mesti masuk atau potong. Sedangkan kancil standard 660 pun boleh didera hingga 110km/j, inikan pula mesin toyota....lebi besar dan kukuh.Pecut lah.......................Rupa-rupanya telatah Avanza kami ada menarik perhatian sebuah four wheel, rasanya Hilux. Dari cermin pandang belakang Awang nampak ia keluar masuk keluar masuk memotong barisan kenderaan di belakang. biarlah ia, bukan Awang nak berlumba. Tak lama kemudian dia mendesup memintas Awang.Ok lah, Awang tak kisah. Cuma yang tak sedapnya bila sampai jalan berliku-liku dia buat hal, slow amat. Bila jalan lurus mencicit pergi. Lama juga membuntuti hilux nih....kalau nak potong memang boleh tapi biarlah dulu.Agaknya dia baru pakai maka tak pandai memandu pik up di jalan berliku. Kalau di semenanjung rata-rata pemandunya akan mengikat container yang berisi dipanggal carrier hilux tu.Jadi tak adalah ia ringan lalu mudah tergoleh bila laju di selekoh. Adegan kejar-kejaran kami berdua berakhir bila merapati deretan kenderaan lori yang mengesot kerana membawa beban berat. Hilux ni terus merapi deretan lori yang mengesot itu dan sopan bergerak perlahan di belakang. Bagi Awang ini suatu yang biasa, tak perlu panik. Pastikan situasi dihujung lori terdepan sekali dan lori-lori yang dibelakangnya.Nampaknya hujung sana jalan lurus, tiada berliku. Tiada juga kenderaan dari arah berlawanan. Lalu Awang hidupkan lampu besar dan memecut laju dengan memasang signal sebelah kanan. Tak lupa membunyikan horn sebagai tanda thank you kepada lori-lori tu. Dan selepas itu, kami berseorangan hinggalah sampai di simpang Kunak. Kami tak singgah di air terjun madai, kerana tempat berkenaan masih sunyi. Takut juga.......


best juga kalau dapat beli mesin ni. Boleh bawa pisang dengan kelapa lepas pencen nanti...he..he...he.....berangan dulu

Bandar tawau bukanlah besar sangat. Besar lah kalau dibandingkan dengan LahadDatu. Jalan utama yang menghubungkan nya dengan lahad Datu dan semporna ialah Jalan Apas. Dari Semporna, jalan Apas adalah menganjur ke arah Barat. Bergerak ke arah barat, Kita akan menemui persimpangan jlan apas dan jalan kuhara ;sebelum masuk ke pusat bandar Tawau.Di simpang empat itu, belok kekiri akan menuju bulatan yang berhampiran dengan sabindo square.JIka dari simpang tadi belok ke kanan kita akan berada atas jalan kuhara yang menuju ke arah Utara; ke taman Lim Den Choi, Taman Roda Emas, Taman Bestari dan Taman univilla.


Masjid ni terletak antara jalan Dunlop dan waterfront sabindo. Masjid baru ni;besar dan cantik. sebelum ada masjid ini, ramai orang solat di Masjid Jamik di pusat bandar, berhampiran dengan pasar philipine. Di pasar inilah pelbagai kraftangan Indonesia dan Filipina dijual.Kain bati jawa, mutiara,tikar dan macam-macam lagi. Awang tak masuk pun ke dalam kali ini. Malas.Tak ada budget untuk shopping disini. Lain kali sahajalah.........Isteri Awang adalah masuk sekejap, cari key chain katanya....Tempat ini pun tak ada perubahan, macam dulu juga. Ialah, yang niaga pun kebanyakkan orang asing.Kebanyakkan orang tempatan berniaga di pasar besar Sabindo.Di situ pasarnya memang modern dan banyak barang makanan, sayuran dan buah-buahan. Nak beli kopi Tawau yang best tu sinilah tempatnya. Di tingkat bawah, hujung sekali berhampiran dengan stesen teksi.Sekilo rm15 je............memang sedap.Ada banyak gred disitu.Pilihlah mana yang anda suka.


Pasar Philipine. Jalan raya ini terbentang dari utara ke selatan dan masjid jamik lama itu terletak di sebelah selatan.



pasar basah Tawau, bangunan bertanda 'P'(disebelah kiri gambar). Jika kita terus bergerak kekanan mengikut jalan ini, anda akan menemui bulatan, berhampiran jeti pelabuhan Tawau. Kekanan adalah arah ke barat.Jika selepas bulatan kita terus berkereta ke arah barat kita akan sampai di Hospital Tawau. Berbalik pada kisah kami, kami tiada apa rancangan khusus tahun ini. Di sini bukan tempat membeli belah yang mega.Orang sini pun shopping di KK atau di KL. Kalau nak memancing bolehlah.Kaki pancing sila lah datang ke sini. Rasailah sentapan ikan-ikan dari laut sulawesi. Petang itu kami ronda-ronda keliling bandar tawau.Kami sempat juga menhirup bayu laut di Pantai Sabindo. Berbual dengan anak-anak sambil makan kuaci, kacang dan kueh. Kami disapa oleh kanak-kanak yang berjualan . Kami beli jualan mereka dalam seringgit dua. Kesihan melihatkan mereka mengheret bakul ke sana sini.
Sebelum berkunjung ke rumah anak saudara di sini, kami makan malam di sebuah restoren berdekatan pantai yang terdapat banyak bot-bot rosak terdampar. Istimewanya disini ada masakan yang menggunakan daging rusa.Harganya pun murah.

Gambar ni gambar lama. Cuma nak tunjukkan pantai Sabindo tu.

Parkir berhampiran pasar philipine.

Lebik kurang pukol 10.30 pagi kami meninggalkan tawau dibelakang untuk menuju ke Semporna. Ini adalah kunjungan kedua Awang ke Semporna, Kunjungan pertama ialah pada 1984. Itu pun melalui jalan laut dari pekan kunak. Perjalanan dengan bot pancung dari kunak ke Semporna adalah menarik, sayang awang belum mampu memiliki kamera waktu itu. Maklumlah waktu itu baru saja nenbeli sebuah motocross, jadi setiap sen jika berbaki akan diguna untuk maintain motor berkenaan. Perjalanan dari simpang kunak- tawau- semporna ke pekan Semporna agak membosankan. Tiada yang menarik di kiri kanan jalan. Rumah pun jarang-jarang. melainkan lautan pokok kelapa sawit. Bertambah-tambah bosan lagi apabila anak isteri tidur berdengkur. Sudahlah begitu, Siaran radio pun tak dapat.Apa nak buat, peluk stering saja le...... Di semporna , ada sepupu yang bertugas disini. Agaknya ada lah enam tahun dah tak jumpa Dengar khabar dah tiga tahun disini. Setelah ibu bapanya meninggal dunia, mereka merantau untuk mencari rezeki. Alhamdulillah, di sini, nampaknya rezeki mencurah-curah.Emmmm, jangan lupa bayar zakat!


Lebih kurang pukul 12.30 tengahari kami sampai di Semporna.Dan kedatangan kami disambut mesra, maklumlah dah lama tak berkirim berita. Sayangnya kami tak dapat bermalam di situ kerana jadual penerbangan jatu pada lusa. Tak dapatlah nak pusing-pusing semporna. Apa nak buat, inilah jadinya kalau balik mengejut!


Terima kasih Kakak Titik dan Abe Acun, terima kasih daun keladi, di waktu yang sesuai kita jumpa lagi. Jangan cepat sangat balik ke semenanjung!


Friday, 18-Dec-2009 07:02 Email | Share | | Bookmark
Cegah penyakit Batu Karang Ginjal

Penyakit Batu Karang Ginjal menakutkan Awang. Jika ia datang menyerang, seseorang itu akan meras sangat sakit sehingga berpeluh. Nak buat apa pun serba tak kena. Duduk tak selesa. Baring pun begitu juga. Ras sakit itu bermula dari belakang pinggang. Kemudian menjalar ke hadapan perut. Lepas itu ke bahagian ari-ari. Rasa nak buah air besar tetapi tak ada najis yang keluar. Kemudian buang air kencing dalam keadaan tersekat-sekat dan tak puas. Yang teruk air kencing disertai dengan darah akibat luka. Keadaan ini biasanya berlaku diwaktu malam.......waktu kebanyakan klinik dah tutup. Batu karang ni terjadi daripada garam dan mineral di dalam air kencing yang menumpat di dalam buah pinggang atau saluran kencing. Orang yang berpenyakit gout, darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang mudah terkena batu karang. selalulah minum air sekurang-kurang 8 gelas hingga 12 gelas sehari. Dikatakan meminum air 2.5 liter sehari dapat mengurangkan risiko pembentukan batu karang. Amalkan permakanan yang sihat. Biasakan banyak mengambil makanan berserat tinggi, kurangkan daging dan bersederhana di dalam makanan dan minuman yang berasaskan bahan tenusu.Jangan lahap dengan makanan kekacang, cokelat dan makanan masin. Juga kurangkan minum minuman ringan. Kawan awang ada promote G-Cafe keluaran E-Gamat Emas untuk membantu masalah batu karang. Awang tak dijangkiti penyakit ni, tetapi cadang nak minum juga minuman tu dalam sebulan dua untuk clear kan saluran kencing dan buah pinggang. Beringat sebelum kena!


Geram juga tengok pisang masak ni....besar dan cantik warnanya..


[<<  <  10  11  12  13  14  15  16  [17]  18  19  20  21  22  23  24  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net