awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  9  10  11  12  13  14  15  [16]  17  18  19  20  21  22  23  >  >>]    [Archive]
Thursday, 29-Apr-2010 15:21 Email | Share | | Bookmark
JPA smk Agama Spg. Lima


masa itu bateri kamera dah hampir kehilangan kuasa. Tak dapatlah snap banyak,

melangkah dengan langkah bergaya dan yakin. Akhir nya menjadi juara daerah 2010

adooooooooiiiiiiii.........salah setting kamera! hancus foto jadinya


Tuesday, 27-Apr-2010 10:14 Email | Share | | Bookmark
teringatkan peristiwa manis di Cameron Highland


Walaupun matahari hampir tegak atas jembala namun udara masih dingin.

sekiranya persekitaran menara jam ini dikelilingi oleh bunga-bungaan akan cantik sungguh pemandangannya. Lebih-lebih lagi jika bangunan itu diberi sentuhan cat baru...Suasana yang cantik akan mengamit hati pengunjung untuk kembali datang di lain musim


Sunday, 11-Apr-2010 05:14 Email | Share | | Bookmark
Persatuan Bulan Sabit Malaysia SMKASL juara kawad kaki NGO 2010

 
 

pemeriksaan pakaian

emmmmm...nampaknya hakim teliti dalam menjalankan tugas

hakim, " name tag pun ada". Boleh menan ni!

Shhhhhhhhhhhssssssssssttt......jangan goyang-goyang.Berdiri tegap!

Heemmmmm....sampai menitik peluh Afiq.Sabar Afiq. insyalloh pasukan awak berjaya




pemeriksaan pakaian selesai

bersiap untuk masuk ke dataran ujian



Inilah murid-murid yang akan mencuba di peringkat negeri.


Wednesday, 7-Apr-2010 15:22 Email | Share | | Bookmark
Nasib muzik tradisional


pemain muzik kompang

kompang Jawa. Masihkah mereka ini aktif? ini gambar7 tahun lepas! Awang tak berapa kenal sebahagian dari mereka. Siapa tahu tolong perkenalkan nama mereka disini!
kalau tak silap kesemua veteran ni penduduk kg sg air tawar atau Parit Baru. Awang difahamkan bahawa mereka ini adalah otai-otai kompang. Kalau lah diadakan program realiti saperti akademi fantasia untuk permainan kompang, mereka ini layak jadi pengkritiknya. waktu zaman PM Malaysia ialah T.Abdul Razak, minat orang kampung kepada kompang masih kuat. Boleh dikatakan setiap kariah masjid ada beberapa kumpulan kompang. Pada setiap minggu, mereka akan turun berlatih sekali. Biasanya waktu malam.Sebaik sahaja selesai solat Isya', mereka akan mula berlatih.Berdentumlah kompang dipalu dari arah beberapa ceruk kampung, Biasanya latihan tu berlangsung agak lama:mungkin hingga jam1.00 pagi.Bagi orang sekarang ia kedengaran agak pelik kerana tempoh tidur terganggu. Dan mungkin faktor ini juga menyebabkan orang muda sekarang tidak berminat aktif dalam seni kompang Jawa, Menurut cerita seorang rakan, semasa hari latihan mereka akan dijamu dengan makanan istimewa saperti bubur kacang, pengat atau apa saja yang mampu disediakan.Dulu-dulu, juadah begitu memang istimewa.......hmmmmmmm memang sedap
Bunyi sesebuah kompang bergantung kepada kualiti kayu yang dipilih. Kayu itu pula dikeringkan hingga berbulan-bulan untuk memastikan ianya betul-betul kering. Satu lapisan lilin disapukan pada bingkai kompang tu agar terua kekal kering. memang cerewet membuat kompang ni..Terutama masa mesin belum lagi digunakan.


Wednesday, 31-Mar-2010 14:36 Email | Share | | Bookmark
kunjungan ke SMKA Kuala Selangor



pada hari selasa yang lepas, guru-guru dan kakitangan smkasl telah berkunjung ke smkaks.Kunjungan ini bertujuan menjalin ukhuwah sesama SMKA. Kebetulan pulak smkaks adalah smka yang terdekat sekali. Itulah tujuannya, selebihnya untuk beraksi digelanggang dan ingin menang dengan bergaya di dalam perlawanan persahabatan yang dipersetujui. Maklumlah dah berhari-hari berlatih, apalah guna berlatih kalau tak disudahi dengan perlawanan... Tapi bila diteliti raut wajah yang nak main tu susah juga nak percaya....he.he.he.......Selain umur dah menghampiri kelompok separuh abad, posture badan pun tak umpama remaja atau orang muda.Ada lah juga seorang dua yang masih muda, tapi sebilangan besarnya dah veteran.........kata kawan awang; kita main dulu .Setuju..setuju kalau pun nanti tertewas, cari saja alasan . Kan senang cari alasan atau dalih...

inilah gandingan mesin-mesin smkasl yang akan mengegarkan padang bola tampar smkaks. Selamat berjuang


Lihatlah betapa bersemangatnya pemain-pemain smkasl. Setiap individu memperlihatkan aksi persediaan untuk bertindak apabila bola menghampiri mereka. Boleh buat peraduan teka bola nih...

memang cantek bola yang diangkat oleh ust. Bahar tu...tinggi dan rapat dengan jaring. Kalau perejam yang mahir berada dilokasi itu, insyaalah menjunamlah bola ke gelanggang lawan.

akan tetapi kita merancang, belum pasti is akan berakhir saperti yang kita ingini. Dan itulah yang berlaku pada bola tu....bola saja bola yang menyeberang, orang yang merejam bola pun ikut sama melanggar jaring. Maka tercetus lah dialog lucu antara Ust. Bahar dan CG Halim.........apa dialognya ye?.........minta cikgu halim tuliskan disini............ust. Bahar ke tolong tulis.......nampak macam lucu tu........

apabila dah turun bermain nyatalah pada kita sejauh mana kekuatan diri kita sekarang. Dulu cakap bukan main lagi. Boleh pukul servis menjunan lah.....boleh rejam bola,,,,bola lambung adalah 'makanan' nya lah, dan macam -macam lagi. Ternyata setelah 10 minit berlansung permainan baru kita mengenali siapa kita yang sebenarnya


[<<  <  9  10  11  12  13  14  15  [16]  17  18  19  20  21  22  23  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net