|
|
| Thursday, 10-May-2007 16:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kerana keropok Losong
|
 |
|
boleh ke gi Losong lalu di sini (Payang)
|
|
 |
|
terpusing didepan stesen bas KT
|
|
 |
|
kedai depan stesen bas.
|
| | View all 6 photos... |
|
<<Awang tanya kawan disebelah,"tahu tak di mana losong?"
>> "Tak...tapi tak susah cari punya. Ini bukan PJ Awang,....lima minit drive mesti jumpa punya!"
<<"Errr...betul ke?"
>>"Tengok kaki laa......"
Setelah lima minit drive tak pun jumpa.....ini kes berat ni. Lalu kami tanya seorang yang tua, mana arah losong??
<< Nuuuu......arah ke bandar. Eeee..eh betul ke pak cik ni!
Kerana tak yakin dengan kata-kata Pak cik itu Awang pun tanya seorang yang agak segak dan nampak macam berpendidikan tinggi....
<<"Encik cari arah ke Muzium, papan tandanya hijau muda cerah.....DITULIS MUZIUM dan LOSONG".......
Awang pandang kawan disebelah.....minta pendapatnya.
>>" eeer aku rasa kita kena cuba....baru tau betul tak betul nya
Memang benar, tak lama kemudian kami jumpa sebuah gerai keropok losong. Kedai Pak Su.....Ingatkan inilah satu-satunya kedai yang ada di situ, maka kami pun membelinya dengan banyak. Sebelum beredar kami diberi 7 batang keropok lekor masak untuk dimakan segera....free!.kata mek cantik tu....Barangkali dia dah untung banyak.Atau untuk menarik pelanggan yang lain-lain yang berbaris tu...... Kami balik ke hotel di bandar dengan terus maju ke hadapan, tidak berpatah balik. Bro-bro tahu apa yang kami nampak selepas memandu 3 minit?.....Awang nampak banyak kedai keropok losong...besar-besar pulak tu!....ramai lagi pulak pelanggannya!.......adusss........kenapalah terburu-buru membeli. Sepatutnya ricky-ricky dulu......manalah tahu yang di sini lebih murah lagi
Yang Awang nak tahu, Losong tu nama apa hah.....nama kampung ke, nama sungai ke, nama material dalam keropok ke?........
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 9-May-2007 21:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Primula
|
|
Ini hotel primula di K.Terengganu. Awang tidor sini waktu ke Terengganu ari tu......Tak ade sape yang kenal nak dijadikan model, jadi tembak membuta tuli saje le.....
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 29-Apr-2007 15:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
tiga sahabat
|
 |
|
3 dara
|
|
 |
|
yang berbeza saiz
|
|
 |
|
berbeza bakat
|
|
|
Bersekolah di sekolah yang sama tetapi berasal dari kampung yang berlainan. Senantiasa berhubung satu sama lain; berkongsi cerita dan penglaman. Sungguh seronok melihat gelagat mereka sewaktu bersama. Indahnya persahabatan yang ikhlas!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 26-Apr-2007 00:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kenangan di Jerantut
|
 |
|
lalu jalan ke Cameron Highland
|
|
 |
|
tidur di sini je
|
|
 |
|
En. Samad(tersenyum)..pemandu formula one
|
| | View all 6 photos... |
|
Perjalanan kami ini agak special. Kerana jalan yang ditempuhi adalah jalan baru....jalan yang belum pernah Awang lalui. Biasanya kalau nak ke Jerantut Awang akan lalu Karak Highways.Tetapi kali ini ikut Rawang, simpang, Pulai Cameron dan turun di Genting Sempah. Jalannya agak berliku-liku dan kecil tetapi tidak sesak. Cuaca hari itu hujan renyai-renyai. Dari jendela Inova yang awang naik ni, alam kelihatan redup, basah dan segar . Tentunya sejuk di luar sana. Beberapa anak sungai yang kami lalui kelihatan arusnya agak deras dan airnya keruh.....sungguh bahaya kalau ada kanak-kanak cuba untuk mandi di situ. Kami bermalam di Rest house. Makan malam di Benteng Jerantut....banyak pilihan di situ.Dengar kata di situlah makanannya boleh tahan sedapnya ...ialah tu.....kami makan agak banyak malam tu kerana kelaparan.Agaknya kerana cuaca yang sejuk. Malam tu kami tidur dengan nyenyak,terutama pemandu formula one kami. Barangkali kepenatan memeluk stereng siang tadi.Keesokan paginya kami dijemput bersarapan di rumah seorang ustaz...dah lama tak jumpa beliau ni....banyak cerita yang ustaz ni khabarkan. Terutama tentang liku-liku hidupnya agar jadi teladan kepada kami. Jamuannya memang hebat; nasi lemak best, ikan talapia goreng special( bela sendiri....tak hanyir), karipap big saiz dan Temurusa. Murah rezeki betul ustaz ni....rumah banglow, keretanya banyak, ada kebun yang luas dan anak-anak yang saleh dan cerdik. Kalaulah awang pun semacam dia, ..alangkah bahagianya! selepas itu kami meminta diri kerana nak melihat SMKA TAHAP, tempat kawan awang mengajar dulu;sebenarnya ada pameran disitu. Dan di situ juga Awang terjumpa kawan se maktab dulu.........Cikgu Mydeen ....dah 26 tahun berpisah baru dapat bertemu balik. Awang tumpang gembira kerana beliau hidup bahagia sekarang.....syukur pada Tuhan Mudah-mudahan kawan-kawan fp pun bahagia juga..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 22-Apr-2007 10:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
'ubat' dahaga
|
 |
|
cendol sg.besar
|
|
 |
|
sirap 'special' alor star
|
|
 |
|
skyjuice langkawi
|
|
|
|
Cuaca sekarang agak berlainan dengan masa awang kecik-kecik dulu. Maksud awang ;kalau hujan tu sekejap je....dulu kalau hujan agak lama. Mungkin dalam 10 minit begitu...dan lebat pulak. Angin pula kencang tiupannya. Takutlah tengokkan pokok-pokok..... berayun ke kanan dan kekiri bila ditiup angin ribut. kalaulah ia menhempap rumah..... atau orang yang lalu -lalang di bawahnya. Kalau cuaca panas pula, ia panas betul........panas menyengat kata orang sini........mata awang pun tak tahan. Teriknya pancaran cahaya matahari sekarang..........Rata-rata orang rasa haus. Kalau haus janganlah selalu minum minuman berais.....sebab boleh batuk. Sebaiknya minumlah air suam barli ......air selasih ke......air cincau ke...lai chee kang ke..atau sekurang-kurang air biasa...minum banyak-banyak....biar kerap buang air kecil....tak apa(Itu tandanya kandungan air dalam badan kita berlebih). Minuman-minuman di atas tu bolehlah diambil bila badan dah sejuk.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 18-Apr-2007 04:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ikan patin kuala Tahan
|
 |
|
sampan dan airnya selalu ku rindui
|
|
 |
|
ditolong siang lagi ikan tu....
|
|
 |
|
patin tembeling....bukan perak punya.
|
|
|
Ini adalah kunjungan ke tiga Awang ke Kuala Tahan dalam tempoh empat tahun. Kalau dulu datang dengan bas atau Hiace tapi kali ni datang dengan innova. Bukan Awang punya, tumpang teman awang yang baik tu. siapa lagi kalau tak Mr. Alim marjunid. Bersama Awang lagi ialah 'Orang Kuat' Simpang Lima- Tn Haji Bosrawi.Dia ni suka memancing. Lagi seorang ialah E. Samad-seorang pakar pancing ikan dan mekanik berbakat. Beliau juga pemandu kereta yang susah nak dicabar.....terutama di selekoh-selekoh......siapa yang pernah naik dengan beliau tahulah bagaimana skill nya beliau dalam hal pandu-memandu ni. . Saperti biasa, tumpuan kami ialah mencari ikan patin sg. Lembing..........Ikan patin di sini adalah ikan patin yang dibela di sungai dan diberi makan pelet. Ikannya bersih dan tidak bau hamis. Berbeza dengan ikan patin di Perak..Ikan Patin dari di Perak tu diberi makan usus......... ...begitulah orang-orang cerita ....kononnya begitulah tapi kalau nak pasti siasatlah sendiri........Walau macam mana pun kalau nak beli patin di Pahang ni pun kena pandai jugak....sebab ada yang patin tu datng dari perak.......penjual tu cuma transit kan je ikan tu dalam tong ikan....lepas tiga hari dia orang angkat........Awang rasa eloklah bawa orang yang tempatan sini kalau nak tahu ori ke tak ori ikan tu......
Awang nak denganrlah pendapat otai-otai fp dari pahang pulak...betul ke maklumat ni?
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 15-Apr-2007 11:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
makan di Langkawi
|
 |
|
ade warung rojak di situ
|
|
 |
|
banyak menu makanan di sini
|
|
 |
|
tanya dulu dik..baru ambil
|
|
|
|
Awang dah lupa nama jalan di mana terletaknya barisan kedai ni......tapi di situ harganya agak berpatutan. Tapi kalau kita ambil makanan yang 'best' sikit memanglah kena bayar lebih. Umpamanya kalau kita ambil udang, sotong dan ikan yang besar-besar. Harga seekor Udang ialah rm5.....yang besarnya 3/4 tapak tangan kita. Kekawan macam mana?
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 11-Apr-2007 02:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
helikopter
|
|
|
Sedang Awang bekerja, tetiba terdengar bunyi dot..dot...dot.....dot. Lama kelamaan bunyi tu semakin kuat dan membingitkan telinga Awang. Ingatkan lori orang kampung.......lori second hand yg tampa road tax dan insurance tu.......yg angkut kelapa sawit.....rupa-rupanya helikopter webstar. Dari perutnya termuntahlah beberapa orang VIP yang segak-segak. Kemudian menderulah masuk beberapa kereta mewah ke lapangan tersebut untuk menjemput mereka itu. Awang pun turut bergegas ke situ.......bukan nak jumpa VIP tu......tapi nak tangkap gambar heli tu..... Awang rasa ramai orang tak berpeluang melihat secara dekat helikopter.....sebab atas faktor keselamatan....Tapi Awang bernasib baik. Pilotnya bukan sahaja membenarkan menghampiri tetapi mempelawa Awang untuk duduk disebelahnya. mengenal peralatan-peralatannya dan fungsi-fungsinya. Dari penerangannya ia kelihatan lebih sukar dari menerbangkan kapal terbang berkipas macam cessena. Tapi lebih mudah dari mengemudi kapal barang(ship). Awang dapat tahu bahawa seseorang pemandu helikopter yang mahir memandu puma mungkin tak mahir memandu Alluote. Lain heli lain spec nya dan lain sifatnya. Lantas cara menerbangkanya juga berbeza. Menurut pilot, dalam ejam heli ini menggunakan 2 drum minyak..tak tahu pulak anyak mana 2 drum tu...tapi kalau nak sewa bayarannya rm4000/jam. Taklah mahalkan....sebab ia muat lima orang .Boleh kongsi-kongsikan. Sejam perjalanan boleh sejauh 200km. Gaji pilot juga ok...rm12000 sebulan untuk terbang beberapa jam je sebulan........ok kan!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 7-Apr-2007 16:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
pasar payang 2007
|
 |
|
asam jawa yg manis
|
|
 |
|
gula merah
|
|
 |
|
makan seulas pun boleh kenyang
|
|
|
|
Selepas pukul 4.30 petang kursus tamat. Pening juga benak awang dibuatnya. Lalu awang pun keluar ke bandar Kuala Terengganu....nak tengok-tengok apa-apa yang ada di luar sana. Mudah-mudahan terhibur hati awang. Tempat yang pertama dituju mestilah pasar payang......(orang luar katakan). Dah lama awang tak kesitu. Kali terakhir awang ke mari ialah tahun 2002 kot. Di Pasar Payang Awang dapati orang berniaga tak seceria dululah........ini mungkin kesan inflasi yang dirasai di seluruh negara kita ni. Dengar kata ramai peniaga telah berpindah ke tempat lain. Ye lah....kalau tempat lain ok uat apa tunggu di situ. Di sini Awang tertarik pada buah asam jawa. Biasanya asam jawa masam kan....tapi yang ini manis lah......sebelum ini Awang tak pernah jumpalah ....di sini lah baru tahu..... rupa-rupanya ada buah asam yang manis. Di sini dia orang buat apa ya dengan buah tu? tak kan makan begitu je.....
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 5-Apr-2007 11:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
pemandangan dari puncak tertinggi di Langkawi
|
 |
|
hentian pertama cable car
|
|
 |
|
balai di puncak tertinggi
|
|
 |
|
jambatan gantung ke
|
|
|
Awang rasa seronok bila dapat naik kereta kabel di Langkawi ni. Sebab ada orang yg berkunjung dari jauh-jauh nak naik kereta kabel ni tetapi tak kesampaian kerana berbagai sebab. Misalnya kerana cuaca tak berapa ok. Ada juga yang cuma datang betiga dengan anak, Dari rumah dah confident boleh naik kereta tu......pasal belanjanya mampu dibayar....ye lah tiga orang je...tapi tetiba saje si anak kecut perut melihat kereta yang bergayut tu........akibatnya semua tak jadi naik.....kesihan si ibu tu.........nak pergi seorang diri anaknya tak bagi, takut ibunya terjatuh kebawah........kesihan ya!
Jambatan gantung tu Awang tak sempat nak menitilah....pasal waktu tu dah tengahari....perut lapar dah. Nak makan tak ade nasi di atas tu........nak menapak dah habis qudrat....jadi tembak gambar je lah......tetapi kawan Awang ade yang pergi. Dia orang kate agak thrill jugalah....agaknya dia orang gayat kot......Ade ke sesiapa yang dah jalan atas jambatan tu? Ade apa-apa yag menarik e atas tu? Boleh kita kongsi-kongsi?
|
|
|
|