Want your
own Fotopage?







 
awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Friday, 14-Sep-2007 07:38 Email | Share | | Bookmark
jenis-jenis padi

 
 
 
View all 10 photos...
Ini hanya sebahagian daripada spesies padi yang Awang sempat Upload. Rupa-rupanya ada berbagai spesis padi. Padi malaysia sahaja lebih dari sepuluh jari. Belum lagi yang berasal dari negara-negara luar.Selain dari saiznya, padi berbeza dari segi warna, tekstur dan jangkamasa menanam. Kalau dah jadi nasi kelazatannya berbeza . Kuantiti air yang diperlukan untuk memasaknya juga tak sama. Ada yang lembut..ada yang cepat basi ...dan tak semua beras sedap dibuat nasi bariani atau nasi lemak!......emm banyak lagilah yang awang kena explore!

salam ramadhan dari kami sefamily di makkah almukarramah.. ramadhan kareem mubaarak alaikum!~ Sun 16-Sep-2007 10:58
Posted by:waseem kamitaken@gmail.com  - [Link]
kalau adiputra tak kenal saya apatah lagi..tau masuk dalam perut, kenyang, urrrpppp, Alhamdulillah...

Masuk sudah puasa ke lima
Tubuh sudah boleh menerima
Malam berterawih berjemaah bersama
Mengutip pahala berganda-ganda
Mon 17-Sep-2007 02:15
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Salam Ramadhan.
Lama saya tak ke sini. Banyak entri yg saya dah terlepas. Gambar2 dan info yg disajikan begitu menarik sekali
Wed 19-Sep-2007 09:20
Posted by:Meorjay  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Saturday, 8-Sep-2007 14:52 Email | Share | | Bookmark
Ke mana tenaga yang diprolehi akan digunakan.

hidangan sempena menyambut Hari merdeka yang ke 50
Bihun special
daging lembu tempatan masak khurma.
Telah jadi adat di Sekolah ini, Jamuan Istimewa diadakan oleh pengurusan Kantin asrama pada setiap tahun sewaktu merayakan Malam Merdeka. Sukur pada Allah kerana memberikan kemerdekaan dan melimpahkan rahmatNya pada kami semua. Dengan energy kimia dari makanan ini mudah-mudahan kami akan istiqomah membangunkan Malaysia sebagai negara Islam ...Amin!

salam..tima kasih jenguk fp..
ustaz nampaknya suke makan madu yea..emm
nanti lain kali saya masukan entries pasal madu yea..
selamat berpuasa
Tue 11-Sep-2007 07:59
Posted by:edza  - [Link]
salam ramadhan al mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa kepada ustaz sekeluarga... Thu 13-Sep-2007 06:38
Posted by:kak kham  - [Link]
Hari pertama kita berpuasa
Amat teruja hati gembira
Lapar dahaga perkara biasa
Selamat menyambut Ramadhan yang mulia
Thu 13-Sep-2007 08:19
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Wednesday, 5-Sep-2007 14:09 Email | Share | | Bookmark
vertebrata

gini rupa misai tikus
kematiannya satu kehilangan besar pd ekosistem
kucing yg kehilangan sikap 'memburu'
Dulu-dulu Awang pernah juga jerat atau bunuh tikus. Tak terlintas pulak nak mengamatinya. Gelilah nak renung lama-lama......hinggakan rupa misai tikus pun tak kenal. Sesiapa yang tak pernah tengok misai tikus atau hidung tikus, marilah tengok di sini.

Ular tu dibunuh oleh anak jiran Awang. Budak lelaki tu bimbang ular tu akan mengigit adiknya..lalu dibunuhnya ular yang tak memrbahaya ini. Awang bimbang kematian ular lidi ni akan menyebabkan populasi serangga pemusnah akan naik mendadak. Apa pula yang akan terjadi pada tanaman-tanaman di depan rumah awang ni! YA Allah selamatkan la dari serangan serangga-serangga pemusnah!

Hi! Tumpang lalu…
Tempahan jahit manik utk raya…
http://beadsnlaces.fotopages.com

Butik pengantin dan salun…
http://suryaindah.fotopages.com
Have a nice day…tq…
Wed 5-Sep-2007 18:14
Posted by:nani lannieacu@hotmail.com,suryaindah@hotmail.com
betul tu ustaz..kalau dalam sains pun bile pemangsa kurang maka mangsa akan meningkat..betul tak ustaz.takpelah..ape pun kita nasihat je lah ustaz..selamat menyambut kedatangan bulan ramadhan. Thu 6-Sep-2007 14:07
Posted by:::arrembawi::  - [Link]
Terima kasih Pak. Lain kali saya mampir. Kalau tak tunggu saya ke Kuala Selangor ambil meriam - baru mati katak Fri 7-Sep-2007 07:55
Posted by:PEMANCING IKAN  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Sunday, 2-Sep-2007 04:11 Email | Share | | Bookmark
sambutan Hari Merdeka Malaysia yang ke 50

 
 
 
View all 12 photos...

Salam Kemerdekaan..
Sun 2-Sep-2007 13:51
Posted by:Zultam3674  - [Link]
asslmkm ustaz awang...salam merdeka dr morocco.. saya pun tgh follow up permohonan tu semula. doakan ianya berjaya. cadangan yang amat bernas. sebab itu saya join kelab penulis² rantau timur tengah. ada lah sikit² projek nk buat lepas nih. ingat nak hantar cerpen dan penulisan kreatif. harapnya dipermudahkan. apa pun, salam kemerdekaaan buat ustaz awang terima kasih atas support ustaz....barakallahu fik Mon 3-Sep-2007 14:06
Posted by:syahidd  - [Link]
fuuuuhhhhh.....tak der yang besar lagi ker ..bendera....!!hehehhehe....anyway selat hari merdeka!! semangat malaysia ..MALAYSIA BOLEH!!! Sun 9-Sep-2007 12:17
Posted by:marsita marcie_y_k@hotmail.com  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Monday, 27-Aug-2007 17:49 Email | Share | | Bookmark
Pertemuan semula antara sahabat-sahabat

D.sabariah n Hjh. Salbiah
Sifu Arshad sedang memikir sesuatu
beginilah kalau dah berdekad-dekad X jumpa
View all 24 photos...
Awang pernah bertugas di negeri Sabah. Tapi tak lah lama, lebih kurang lapan tahun je.....Sewaktu diberitahu supaya melaporkan diri di sana ,Awang rasa kecut juga.Maklumlah negeri tu hampir 1 800km dari tempat awang.Waktu tu tahun 1981. Sangat sedikit maklumat mengenai wilayah tu pada Awang. Ya lah...banyak sangat hal yang difikirkan. Ada jalan batu ke di sana......kena naik sampan ke nanti.....barang-barang keperluan mudahkah diperolehi(ada tempe ke tidak..he...he)....macam disini ke harganya.......ada tak rumah untuk disewa.......ada bekalan air & api ke tidak....boleh faham ke awang nanti bahasa mereka...dan macam-macam lagi. Tetapi bila Awang lihat telah ada beberapa orang 'semenanjung' telah terlebih dahulu sampai di sana, kerisauan awang sedikit demi sedikit hilang. Bujang-bujang pulak tu(cuma beberapa orang saja yg telah kahwin). Barangkali adalah 20 orang. Rupa-rupanya dengan kekuatan seramai 20 0rang bujang tu, macam-macam boleh dilakukan dan telah pun berlaku.........jadi satu keseronokan pulak. Setelah berhidmat beberapa tahun, seorang demi seorang balik ke semenanjung. Awang adalah antara yang lewat balik.Dan pada ogos 25hb yang lalu, kami berjumpa semula, ( di rumah Cikgu Rashid). Dua puluh tahun masa berlalu....kami berjumpa balik dengan membawa banyak perubahan......semoga perjumpaan ini tidak akan tamat di sini...

Awang telah menerima khabar dari CG Rashid bahawa CG Jamilah (isteri pada CG Ku Abdullah) telah kembali ke menemui Allah Robul Jalil . Beliau meninggal jam 8.35 mlm pada tanggal 27 sha'aban bersamaan dengan 8/9/2007. Jenazah beliau akan disemaddikan di tanak perkuburan orang-orang Islam di Yan; kampung suaminya. Beliau adalah rakyat negeri sabah. Kampung asal beliau ialah di Sandakan. Beliau mengenali CG Ku Abdullah sewaktu bertugas di SMJK St Dominic. Semoga Allah merahmati rohnya dan menempatkannya di sisi orang-orang yang solehah. Takziah buat CG Ku Abdullah...diharap dapat bersabar dengan suratan takdir ini........ Sat 8-Sep-2007 14:50
Posted by:awangje jel_pan57@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 22-Aug-2007 00:00 Email | Share | | Bookmark
senyumam

1
2
3
View all 9 photos...
Orang-orang dalam gambar ni tersenyum belaka. Tapi setiap saatu membawa mesej tertentu. Apa kah mesej yang hendak disampaikan oleh individu tersebut?

Awang suka kalau orang senyum pada Awang. Adakah anda mempunyai pengalaman manis atau lucu yang berkait dengan senyuman?

betul tu ustaz..bila kita tengok orang tersenyum hati kita akan menjadi senang bile nak bergaul..tapi kalau masam je kekadang jadi malas nak bertegur.. Thu 23-Aug-2007 20:39
Posted by:::arrembawi::  - [Link]
senyuman itu sedekah... Sun 26-Aug-2007 12:47
Posted by:za  - [Link]
bila sibuk nak amik gambar, sendiri nak posing pun lansung terlupa. tapi suasana mmg sejuk bila duduk depan kapal tu, menggigil kalau tak pakai baju sejuk.

Entryku kali ini…

Namdaemun tegak berdiri gagah
Gerbang selatan pintu negeri
Rakyat tempatan merasa megah
Terkenal segenap ceruk negeri

Menjadi kegilaan kaum hawa
Buat hiasan ditudung dan baju
Berada di sana rambanglah mata
Kalau boleh nak dapat satu
Mon 27-Aug-2007 02:24
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 15-Aug-2007 14:22 Email | Share | | Bookmark
Kursus perkembangan staff di Intekma resort Shah Alam

antara peserta kursus
makan tengah hari
 
View all 9 photos...
Kursus ni diadakan pada july lalu. Antara pengisiannya ialah Larangan-larangan keatas penjawat Awam dan pengurusan stres . Lepas Asar kami sempat main bowling di pusat bowling Shah Alam. First time masuk tempat tu...nengok-nengok kawan main je.......lain kali boleh main pulak.

Sun 19-Aug-2007 07:52
Posted by:mknace mknace@gmail.com  - [Link]
hmm... ada balas-balas pantun pula kat atas ni yek...
molek amatlaa tu... menghidupkan semula warisan budaya..

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Lama sungguh ku tak melawat
Rupanya macam-macam yg ada

OK ker pantun kawan tu..??
Tue 21-Aug-2007 06:35
Posted by:dR ali drali@miosh.net  - [Link]
ini balasan awang pula....

bunga dedap di tepi telaga,
atap perigi berbunga-bunga,
sedap di dengar cuping teliga
meresap ke hati berumah di jiwa
Wed 22-Aug-2007 01:50
Posted by:awangje jel_pan57@yahoo.com  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Wednesday, 8-Aug-2007 07:12 Email | Share | | Bookmark
Tumbuhan Podina dan betik

 
penyakit daun betik
 
View all 6 photos...
Tumbuhan Podina menurut cerita tukang masak amat berguna. Betik atau papaya ni tak payah cakapla di sini. Semua orang tahu. Yang berbunga tu tumbuhan hutan. Namanya Awang tak tahu. Semua diambil secara Macro. Sesetengahnya ada di sekeliling rumah awang. Ada yang di sekitar tempat kerja. Selebihnya di pinggir laut, berhampiran pantai lumut.

Islam hadhari... seperti yang di khabarkan kepada saya pada seminar yang lepas, ianya samalah seperti gagasan pemerintahan islam zaman khalifah² islam terdahulu maksud saya di perbaiki perlaksanaan dan konsep islam dalam islam itu sendiri dimana islam tetap islam yang sama. Tetapi, saya memandang Gagasan Islam Hadhari ini seperti sesuatu yang kurang dan tidak kena, semacam mereka memandang enteng hukum Allah (hanya pendapat dari saya) tetapi saya menyokong dimana usaha untuk memajukan Orang Islam supaya lebih dinamika dan setaraf dengan bangsa lain yang telah mengecapi kemajuan ekonomi dan organisasi mereka (tapi sayang mentaliti ibarat daun kering yang layaknya di tanah )

p/s: perlukah Islam itu di perbaharui oleh setiap tangan pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan sesuatu bangsa itu???
pening gak saya ustaz awang
>kat morocco nak tengok daun betik pon susah.....tunggu balik mesia tahun depan InsyaAllah Asslmklm
Mon 13-Aug-2007 19:44
Posted by:syahidd shahcpoot_morocco@yahoo.com  - [Link]
kata jiran awang, daun betik tu kalau direbus bersama daging boleh mempercepatkan daging jadi lembut.. Wed 15-Aug-2007 10:36
Posted by:awangje jel_pan57@yahoo.com  - [Link]
hmm.... pudina tu sedap kalau campur ngan teh...
menyegarkan...
Thu 16-Aug-2007 12:34
Posted by:dR ali drali@miosh.net  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Wednesday, 1-Aug-2007 02:22 Email | Share | | Bookmark
Warga pendidik SMKASL sessi 2007/2008

teka ,mana Awangje!
kakitangan-kakitangan sekolah
Barisan warden 2007/8
View all 4 photos...
Ada beberapa orang guru yang tak dapat bergambar. Awang diberi penghormatan untuk mengambil gambar pada tahun ni. Saham tengah naik ni........he..he..Kena cari juga DSLR ni

Hehe.. senang.. yg pakai lebai/ketayap kan...
Baguih laa sekolah nii.. cikgu pon pakai pakaian seragam..
Sat 4-Aug-2007 06:29
Posted by:ScHoePenToeTer  - [Link]
betul tu Sun 12-Aug-2007 05:40
Posted by:awangje jel_pan57@yahoo.com  - [Link]
woi..ak dak batch 17..cikgu pahudin still mggnas r kt situ.aku pun slh stu org y jd mgse harian die,,kalo stakat plmpang xyah ckp r..de je slh aku.kalo ak jln ngn bdk len y xpkai songkok,even ak lgkp br pkaian ttp gak aku y kne..siott..tp die mmg bez r..hahahaha Sun 8-Feb-2009 11:54
Posted by:acab
View all 6 comments Add comment


Monday, 16-Jul-2007 16:50 Email | Share | | Bookmark
ambil gambar guna tripod

gaya duduk di tangga
di ekosistem air tawar
melihat pameran enjin kereta masa depan
Awang cuba-cuba ambil gambar sendiri dengan tripod. Orang kata gambarnya akan lebih sharp sebab kita pakai timer click. Memang gambar tak goyang....tapi setting pencahayaaan dan keseimbangan gambar ada masalah.....Tapi kalau pakai canon yang LCD nya boleh di pulas-pula tu taklah begitu,,,,,,,,cuma kamera tu dikeluarkan di China bukan di Jepun.,,,,

bro awang... memang kebanyakan kamera yang dijual di jepun... bukan made in Japan... kalau dibuat di Jepun, tak mampu dibeli oleh rakyat mereka sendiri...tapi kualiti diperiksa rapi....kalau tak company yang buat tu akan di 'black listed'.. saya selalu bawa tripod bernyawa... Sat 21-Jul-2007 00:26
Posted by:fitto noor_fitrah@yahoo.com  - [Link]
Salam cikgu.. Tripot memang penting.. terutama bila nak amik pict dalam keadaan cahaya yg kurang.. Tue 24-Jul-2007 10:51
Posted by:ScHoePenToeTer  - [Link]
terima kasih en. awang. komen en. awang akan menambahkan semangat saya lagi untuk memberikan hasil yang lebih baik. jangan panggil saya bro en. awang tak manis rasanya en. awang yang lebih senior dari saya panggil begitu.

Entryku kali ini…

Gunung tinggi telah ditawan
Bersama-sama rakan dan taulan
Sebutir pingat jadi ingatan
Penat lelah yang dicurahkan

Mon 30-Jul-2007 07:11
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
View all 7 comments Add comment


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.