|
|
| Thursday, 22-Nov-2007 23:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bertemu dengan sahabat lama
|
 |
|
kerja hari pertama
|
|
|
|
|
Awang dah cuba empat hari nak update entry ni tapi hasilnya hanya satu pic je....Habis 3 buah laptop dan satu Pc Awang gunakan tapi tak juga berhasil. Apa sebabnya ye? Kalau text tu ok je....................tapiiiiiiiiiii kalau picture susahnya amat. Berjam-jam mengadap komputer tapi tak berjaya.....heeeiiiii, geram betul!
29/11/2007
Lepas selesai wirid solat subuh Awang cuba update lagi, alhamdulillah berjaya.
Gambar di atas tu adalah gambar CG Alias Md Syah dan keluarganya . Beliau singgah setelah mengambil anaknya dari MRSM di Perak. Dia ni kawan serumah Awang masa kami merantau ke Sabah dulu. SAma-sama beli motocross. Sama-sama ekspendisi. Sama-sama menembak udang dalam sungai. sama-sama menjala ikan di Sungai Segama. Sama-sama rehlah di dalam hutan. Sama-sama belajar mengaji di Kampong Sapagaya. Dan banyak lagi. Dia ni pakar juga masak lemak ikan cili api.........berapi mulut awang dibuatnya! Selain tu dia ni suka muzik. Mas datang ke rumahnya raya dulu Awang ada nampak macam organ synthesizer's di rumahnya. CG ni pun minat berkebun....banyak jugalah hasil keringatnya yang dijadikan juadah. Teruskan syeikh.....bagus tu.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 9-Nov-2007 10:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Rindu kami pada bayu laut
|
|
|
Sekembali dari beraya di rumah CG Nasaruddin di Manjung, Awang empat beranak terus ke Water front di Lumut. Tempat ini popular bagi penduduk di sekitar sini. Ada banyak kawasan permainan untuk anak-anak. Kawasan untuk berehat juga luas dan panjang. Maka tak hairanlah kereta berderet diletakkan di sepanjang jalan yang dihiasi dengan lampu berwarna- warni. Kalau lapar kita boleh menjamu selera. Pilih saja gerai atau restoran yang anda minat. Bermacam menu tersdia untuk dipesan. Kalau masih kenyang anda boleh memancing di situ.........lapangan untuk memancing memang banyak...Awang rasa adalah 1.5 km!..kalau anda memang kaki pancing, cubalah beradu kehebatan dengan otai-otai pancing di sini.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 4-Nov-2007 13:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
pokok berkayu
|
|
|
macam mana nak tahu umur pokok ni?
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 25-Oct-2007 03:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Alamak! Yeop datanglah
|
|
|
Dalam perjalanan menghantar anaknya ke GMI kolej di Cheras, CG Nasaruddin Syah singgah beraya di rumah awang. Beliau ni juga sahabat Awang semasa berhidmat di Lahad Datu, Sabah. Dia ni slim macam dulu juga........baguih lah tu yeop!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 24-Oct-2007 06:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Akhirnya kita bersua kembali
|
|
Alias Md Syah, itulah namanya. Semasa berhidmat di Sabah dahulu kami tinggal bersama. Sehinggalah aku bernikah baharulah dia menyewa rumah lain. Dia memang rajin. Pantang nampak tanah kosong/semak. Terus ditukarnya jadi kebun sayur. Sampai sekarang macam tulah dia. Banyak kenangan manis Awang yang melibatkan CG Alias ni. Kami sama-sama berguru Quran dengan Ustaz Amin Apah di Kg. Sapagaya. Masa tu jugalah dia kena accident. Macam mana dia accident dan apa akhirnya ...itu rahsialah. Kami juga pernah ekpendisi motocross di hutan belantara sabah. Tangkap ikan di sungai.....menembak udang galah. Dan macam-macam lagi...he..he..tak kan nak cerita semua!
Terima kasih Yeh! atas layanan premium pada awang sekeluarga tempoh hari. Mudah-mudahan persahabatan kita senantiasa dirahmati Allah.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 21-Oct-2007 01:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mengunjungi LeeHam
|
 |
|
rumah leeham
|
|
 |
|
dulu awang lebih kurus, sekarang...
|
|
 |
|
isteri Leeham dan isteri awang
|
| | View all 4 photos... |
|
|
Pada Hari raya ke empat Awang dan keluarga mengunjungi saudara Leeham di Parit Sulong. Kita terpaksa menempuh Industrial Park sebelum sampai kerumah sahabat ni. Dalam hujan lebat kami muncul didepan rumah bro Leeham yang besar dan cantik tu....sebenarnya beliau sibuk menguruskan anaknya dan menservis kereta barunya ketika awang datang tu.........tapi kerana Awang datang dari jauh dan lama tak jumpa beliau berhempas pulas menyelesaikan kerjanya......sorry Bro! jika aku memenatkan awak hari tu...Rumahnya rumah semi D kembar dua. Kira OKlah tu...dah puas duduk quaters kayu bertiang tinggi di Sabah dulu kan................sekarang selesalah awak.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 20-Oct-2007 08:22 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Beraya di Johor
|
|
Pada Hari raya ketiga, kami mendapat sms dari Abg. Onn yang mengkhabarkan ibunya( mak cik kepada isteri Awang) telah kembali ke waruh matullah. Sms tu kami buka pada 8.00 pagi kerana bateri talipon tercas sepenuhnya pada tersebut. Kebiasaan kami ialah menutup talipon bila mengecasnya. Menyedari perjalanan ke Pekan Nenas, Johor adalah jauh kami mengagak bahawa kami tidak sempat untuk mengiringi jenazah mak cik kami ke tanah kuburan atau bersama bertahlil pada sebelah malamnya. Tambahan gout Awang belum sembuh sepenuhnya, jadi tugas pemanduan akan diambill alih oleh isteri atau anak sulung Awang. Saperti dijangka, perjalanan kami ke selatan itu di iringi oleh orang-orang lain. Kereta agak banyak pada perjalanan diantara Kual Lumpur ke Melaka. Kami beberapa kali berehat di R&R tetapi keadaan R&R di Pagoh agak kecuh kerana waktu ketika itu adaalah maghrib; yang Islam tentunya berhenti untuk solat manakala yang bukan Islam mahu berehat dan makan malam. Surau memang sesak dan beberapa kali solat maghrib berlandsung. Sewaktu makan ramai musafir ini yang terpaksa menunggu giliran mendapat tempat duduk. Selesai makan malam kami meneruskan perjalanan dengan keluar dari Lebuhraya melalui susur keluar Yong Peng. Oleh kerana kami berpendapat tentunya ramai saudara mara akan bermalam di rumah aruh, kerana ia malam pertama, kami menginap sahaja di Batu Pahat, di hotel. Lama juga kami mencari hotel yang sesuai.....Tidurlah kami malam itu dengan lena. Pada keesokan hari kami bersarapan di gerai-gerai di Beserahi( betul ke ni?), berhadapan dengan hospital putra, jalan menghala ke Parit Moin Batu Pahat. Ternampaklah Nasi Beriyani Gam...........apa lagi sorru lah......... Memang sedap...rasa nak tambah tapi bila terkenangkan Awang masih dalam pantang gout lagi maki tak jadilah. Selesai bersarapan kami menuju ke Parit Moin untuk berhariraya di rumah pakcik(Nahrawi dan Busu Othman), makcik Niah(janda Pak Uda Yassin) dan Nenek sepupu (Tok Ha...adik kepada nenek orang rumah). Tok Ha ni adalah ipar ke Hj Ahmad, datuk kepada orang rumah Awang. Kami jarang bersua. Almaklumlah jarak antara selangor dan Johor tu bukannya dekat.Tambahan pula keluarga isteri telah menetap di Sabah. Oleh itu banyaklah hal yang kami bualkan...........dari cerita Moyang kami yang membuka Parit Moin Batu Pahat ni hinggalah kisah susur galur isteri awang yang berasal dari Wali songo (wali kendil) di Jawa. Terperanjat juga Awang dengan kisah tu...ingatkan gurauan sahaja.....tetapi bila ditunjukkan manuskrip susur galur tu dan lengkap dengan pengesahan-pengesahannya maka awang pun mengakui hakikatnya. Emm.....rupa-rupanya isteri Awang ni berdarah Raden dan waris seorang wali. Kenalah Awang memelihara isteri dan anak-anak Awang ni dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Mudah-mudahan kami akan dalam satu bendera nanti dengan orang-orang alim di padang Mahsyar kelak...Amin
selepas puas berhariraya di Parit Moin baharulah kami ke Pekan Nenas untuk menziarahi famili aruah Mak Jam dan bertahlil. Kami juga meluangkan masa ke Tanah perkuburan Jalan Sawah Pekan Nenas. Dari situ juga kita boleh menuju ke Lebuh Raya Plus untuk ke Johor Bharu atau ke Kuala Lumpur.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 12-Oct-2007 06:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ucapan Aidil Fitri 2007
|
 |
|
kad biasa je
|
|
|
Ini kad raya elektronik awang. Simple je. Bulan puasa ni tak ade shoot apa-apa gambar. Stock gambar pulak tak banyak........uhuk..uhuk....Inilah yang ade; gambar jantung pisang ni....dengan sedikit edit.
Di hari yang mulia ni Awang nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir batin kepada pengunjung-pengunjung fp awang ni. Awang hanya seorang insan yang serba kekurangan. Pastinya banyak kesilapan awang semasa kita berkomunikasi. Bak pantun;
Ke hutan melihat jerat,
Bertemu buaya di pinggir paya,
Kalian semua amat hebat,
saya seorang amat sederhana.
Harapan awang, Semoga puasa kita diterima Allah dan diberinya kita kekuatan untuk terus bersama dengan Islam di mana jua, setiap masa...janganlah kita taat pada Allah dalam bidang tertentu saja dan menolah pula perintah Allah dalam hal-hal yang lain....Itu namanya masuk Islam secara suku-suku.....Ambillah Islam tu secara keseluruhannya....
Raya ni Awang sambut sederhana saje kerana kesukaran bergerak akibat dicuba dengan gout oleh Allah.hu..hu...hu.. Ini salah Awang juga kerana makan terlalu banyak Seafood di bulan Yang mulia ni...Sepatutnya awang menahan nafsu makan pada makanan tu pada bulan ni......ambil sedikit begitulah kan, nanti di lain bulan boleh makan macam biasa.........ini tak!
Awang harapkan awang akan boleh bersabar dan cepat sembuh (seelok-eloknya sebelum cuti raya habis.....) Doakan awang ye....
Assalamualaikum wbh
|
|
|
|
|
|
| Friday, 5-Oct-2007 07:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ombak kecil mengamit kenangan.
|
|
Gambar ni awang ambil pada pukul 4.00 petang. Takala duduk di bawah rimbunan pokok kelapa sawit tu(keranna tertarik oleh kedinginan udaranya d situ), awang teringat peristiwa masa lampau awang duduk di tepi parit yang saperti ini. Masa tu awang baru darjah satu. Selalu saja 'escape' kelas. Duduk-duduk ditepi sebuah terusan air(depan S.k Sg. Hj Dorani) sambil mengharap ayah akan melalui jalan di situ. Selalunya ayah awang. akan menempuh jalan itu untuk ke pasar. Kalau terjumpa ayah awang akan merengek-rengek untk mengikutinya ke pasar dan balik ke rumah. Balik rumah boleh makan, disekolah makanan selalu cepat habis sedangkan awang memang kuat makan. Ayah tak banyak soal, bawak awang balik kerumah.Mungkin takutkan awang tergolek ke dalam terusan yang dalam tu.......Tapi lama kelamaan dia tak senang dengan fi'l awang...... dihantarnya awang balik semula ke kelas dan merepotkan kepad guru kelas ....kawan-kawan awang tak lepas peluang! kutuk awang...ngempeng...ngempeng....maksudnya tak boleh berenggang dengan emak... ...he.he..he.malu juga awang dikata begitu.Terus esok tak escape lagi...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 23-Sep-2007 02:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
rajin-rajinlah di rumah
|
 |
|
basuh pakaian sendiri
|
|
 |
|
kemaskan dalam dan luar rumah
|
|
|
|
adik-adik, kalau di rumah tu rajin-rajinlah membantu ibubapa. Buatlah sesuatu yang dapat meringankan bebanan tugas mereka. Nescaya mereka akan gembira. Lebih-lebih lagi saperti di bulan puasa ni......banyak pahalanya.
|
|
|
|