Want your
own Fotopage?







 
awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Thursday, 24-Jan-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Road run 2008; peserta-peserta

 
 
 
View all 8 photos...

he3...ble tgk gmbr road run niy terasa penatnye b'lari..
kelakar la pulak ble tgk gmbr dorang nie
Sat 12-Apr-2008 08:01
Posted by:unnamed
Add comment


Sunday, 20-Jan-2008 04:11 Email | Share | | Bookmark
kenangan di puncak Bukit Bendera Pulau Pinang

 
Gambar ni gambar lama. Pada suatu malam yang mata susah nak tutup, awang belek-belek album foto, terjumpalah gambar ni. Warnanya hampir hilang..., sayang juga kalau kemudian hari ia rosak. Lalu awang scan.........
Gambar tu diambil pada hari sabtu, tahun 1979. Kesemua tu adalah pelatun pengakap MPPPP. Yang istimewanya hari tu kami bukan naik kereta api kabel. Kami daki bukit tu.....itu adalah pengalaman pertama awang mendaki bukit. Laluannya bermula dari Taman botani Penang, Tiada persiapan rapi yang kami buat. Air pun tak bawak. Bawak kainm pelikat de4ngan kopiah je....Rasa menyesal juga apabila rasa dahaga teramat dalam pendakian tu...Lebih-lebih lagi bila tengok orang lain minum air masak.....aduk seksanya........ Bila dah mendaki tu barulah tahu kekuatan kita yang sebenar.........ada yang sekejap-kejap berhenti...ada yang asyik minum air je.....ada yang tercungap-cungap...ada yang guna tongkat.....dan macam-macam lagi. Awang nampak ada seorang pelatih tu sekejap jalan biasa, sekejap menapak dengan meloncat-loncat secara mengiring..........memang macam-macam fesyen. Gamaknya sedang mencuba teknik yang bersesuaian . Yang istimewa lagi di dalam pendakian tu ialah dapat melihat kecantikan panorama sekitar bukit tu......kalaulah awang ada kamera masa tu, tentu bagus sekali....Masa tu elaun kecil sekali. Sebulan cuma rm150. Manalah ada balance nak beli kamera. Gambar ni pun asalnya ada lima orang je. Namun bila yang lain menyedari ada ruang untuk menyelt, masuklah sorang-sorang. Akhirnya jadi seramai tu....Pendakian awang selesai dalam sejam setengah........Itulah pertama kalinya berada tinggi di atas bumi...............memang rasa lapang dan segar....hilang rasa stress, Balik kampung sembanglah dengan kawan-kawan tentang pengalaman tu...respek juga lah dia orang....suka juga hati awang he.he..he..Kalau masa pergi ambil masa ssatu setengah jam. masa balik untuk turun bukit cuma 45 minit saja.........kami bertiga berlari turun.......nasib baiklah tak terantuk mana-mana pokok. kalaulah terantuk pokok mau terguling di jurang-jurang di situ..............Sekarang sedarlah awang bagaimana powernya kita waktu muda-muda dulu........tak rugillah awang aktif bereakrasi dulu........tak melepak atau terjebak dengan kegiatan negatif.

.Sesungguhnya ekspendisi di atas tu suatu rekod dalam hidup awang,......

Care to comment?


Friday, 18-Jan-2008 11:03 Email | Share | | Bookmark
Pusat Sejadi Hutan Simpan Madai Baturong, Kunak

jalan Lahad Datu -Kunak
He..he Mak we Awangje posing
basahka tekak di sini
View all 7 photos...
Terletak di antara Pekan Kunak dan Bandar Lahad Datu. Kawasan ini adalah kawasan hutan simpan. Ada sebuah gua di sini, penuh dengan burung layang-layang dan kelawar. Banyak sarang burung layang-layang yang terdapat di sini. Lumayan juga pendapatan para pengusaha sarang burung di sini. Di sini juga ada sebuah air terjun.........airnya memang sejuk dan amat segar. Terjunan airnya juga boleh tahan tingginya........kalau musim hujan bunyi hempasan air terjun ini sangat kuat dan amat menggoda kita untuk mandi di situ. Sebelum sampai di kawasan air terjun tu ada satu square yang agak besar. Selalunya di situ perkhemahan sering diadakan. Waktu awang sampai di situ ada perkhemahan pengakap sekolah-sekolah sekitar kunak sedang berlangsung.....happy betul mereka tu.
walau bagaimanapun awang tak sempat merakam gambar air terjun tu sebab tak lalu nak turun kebawah(tempat air terjun)... lagi pun hari dah senja sedangkan perjalanan balik ke Lahad Datu masih jauh......

syoknya dapat jalan-jalan bang.
bilalah dapat jalan ke sana
Sat 19-Jan-2008 02:55
Posted by:mazdin  - [Link]
Add comment


Monday, 31-Dec-2007 08:25 Email | Share | | Bookmark
jalan-jalan ke Sabindo, Tawau

Bandar Tawau. P ialah Pasar besar Tawau
makan tengah hari
Jemputan makan malam (kenduri Kahwin)
View all 10 photos...
December, 8, yang lalu kami dipelawa untuk hadir dalam majlis kenduri di Tawau. Yang berkahwin ialah anak saudara Abang Abd Jalil,Di samping kenduri dapat juga kami merayau-rayau di pasar tawau yang penuh dengan berbagai barang yang sesetengahnya tak dapat dicari di Selangor.Udang kering sangat murah di sana; kita boleh dapat dari yang serendah RM12.00,iaitu udang dari kalimantan, Sementara udang yang paling mahal pun ada juga. Umpamanya Udang tempatan..udang tawau....sekilo RM35.00 .Entah betul entah tidak...kalau mereka nak keletong kita pun kita tak dapat nak buktikan. Kemudian Awang cari kopi tawau.....memang sedap rasanya dijual 60g seringgit. Kita juga boleh lihat beraneka keropok , ikan masin disini dan macam-macam lagi... Awang nampak ramai juga pelancong yang membeli belah di sini.

adakah bandar Tawau sebesar pekan Sungai Besar? Tue 8-Jan-2008 10:36
Posted by:adiputra tukelana@yahoo.com  - [Link]
salam perkenalan awang wah wah wah besh jer jenjalan... i was in community service programme back in 2001 in sabah.. lama dah.. mmg besh arr lahat datu, tawau sumerzz.. tgk gamba2 nihs tingat balek zaman dolu2.. hohohhohoho.. Wed 16-Jan-2008 05:54
Posted by:fiziskandarZ  - [Link]
cantik koleksi gambar.

p/s* org sabah ke? biasanya nama awang ni popular di kalangan org brunei.
Wed 16-Jan-2008 08:26
Posted by:aidura sofiee  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Saturday, 22-Dec-2007 14:12 Email | Share | | Bookmark
Lahad Datu, Sabah 2007

 
 
 
View all 21 photos...
untuk tatapan kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang pernah memijakkan kaki ke tempat ini. Memang ada perubahan di sana. Maaf! kerana sedikit sahaja gambarnya. Dan sebahagian besarnya diambil dari dalam kereta, jadi qualiti nya memang patut dikomen

banyak nya gambar2 menarik kat Lahad Datu .. saya tak pernah lagi sampai ke sini .. Wed 26-Dec-2007 07:45
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
dh lame xnmpk pekan cm gini.best wooo Fri 28-Dec-2007 12:43
Posted by:za  - [Link]
salam perkenalan...
rindu plk ngan LD..coz baru jak balik bercuti dr ld...
sy ambik link ni ya...blh kannnn....
Sun 10-Feb-2008 10:55
Posted by:niza myrincute@gmail.com  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Thursday, 20-Dec-2007 17:18 Email | Share | | Bookmark
Naik fokker

fokker maswings
Ikhlas awang katakan disini bahawa awang sangat suka naik fokker berbanding dengan boeing. Ia boleh terbang lebih rendah dan dapatlah awang menatap keindahan pemandangan di bawah. Deruan enjinnya juga merdu, tidak bising saperti jet






>> pengalaman naik fokker ni memang menarik...
>> maklumlah kapalterbang kipas...
>> tapi tak boleh lawan naik caribou dari labuan ke sandakan...
>> bingit sebingit bingitnya...
Thu 20-Dec-2007 18:08
Posted by:<< jeff >>  - [Link]

bestnyer
Fri 21-Dec-2007 05:35
Posted by:mknace  - [Link]
Add comment


Monday, 17-Dec-2007 08:56 Email | Share | | Bookmark
kuaters SM ST. DOMINIC, L. Datu

blok pertama dari main road
rumah pertama
tempat parkir kereta
View all 7 photos...

Care to comment?


Friday, 14-Dec-2007 17:24 Email | Share | | Bookmark
Wajah Sek. Men. St. Dominic 2007

Pagar: pintu masuk
Laluan ke pejabat
tu pejabat
View all 8 photos...
Ni sekolah di Sabah ni. Di bawah pengurusan Gereja Katolik Sabah. Pelajarnya dari berbagai bangsa dan agama. Sekarang nampak macam uzur sangat. 30 tahun lepas mungkin munasabah...........Sekarang rasanya kena buat perubahan pada fizikal sekolah ni....Kesianlah budak-budak di situ


betul tu
Sat 15-Dec-2007 04:41
Posted by:mknace  - [Link]
thanks singgah di fp saya....ya btul tu awang Sat 15-Dec-2007 12:51
Posted by:jay4to ayahcu@gmail.com  - [Link]
hehe...kat sekolah ni la...tmpt kakak sy skrg mengajar...
Sun 10-Feb-2008 11:37
Posted by:niza myrincute@gmail.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 5-Dec-2007 17:40 Email | Share | | Bookmark
waktu senja di Teluk Batik

 
 
 
Awang berhenti sekejap di sini setelah berjam-jam memandu dari Kg. Kubu Gajah. Ramai benar orang di sini walau pun jam telah menunjuikkan 6.30petang. Hari dah agak gelap. Bimbang juga dengan nyamuk Aedes. Jaaaaaaaaaaaaanganlah ia datang!


>> memang banyak kenangan di teluk batik ni...
>> bila tengok keindahan sebegini terasa rindu pula nak kembali ke sana...
Wed 5-Dec-2007 18:56
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
sukenye pantai.. nice shots btw
keep it coming.
Fri 7-Dec-2007 20:53
Posted by:amroose  - [Link]
pas ni bole la besarkan gambar yang cantik ni.. Fri 28-Dec-2007 13:26
Posted by:zet  - [Link]
Add comment


Thursday, 29-Nov-2007 17:32 Email | Share | | Bookmark
Si Fakhrul

 
 
 
Ejaan namanya yang sebenar Awang belum melihatnya. Cuma terdengar namanya disebut dari mulut kedua-dua ibu bapanya. Kalau silap ampun ya......dan boleh dibetulkan. Dia adalah anak sulung dari adik awang yang bongsu..........suka sangat minta dikendong...he..he...tak apalah pasal belum heavy lagi........

Suka tengok gambar diambil dengan angle macam nie.. ada ekspresi .. Thu 29-Nov-2007 18:14
Posted by:sudin  - [Link]
>> sependapat dengan apa yang sudin katakan...
>> nicely done...
Sat 1-Dec-2007 19:55
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
apsal nampak letih je Fakrul.. baru lepas nangis ek.. Wed 5-Dec-2007 06:41
Posted by:ScHoePenToeTer  - [Link]
Add comment


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.